Masiung (dua dari kiri) menerima cenderamata daripada penduduk ketika hadir pada majlis kesyukuran di Kampung Alitang, Tongod pada Ahad.
Masiung (dua dari kiri) menerima cenderamata daripada penduduk ketika hadir pada majlis kesyukuran di Kampung Alitang, Tongod pada Ahad.

Yayasan Pendidikan Tongod bantu pelajar lanjut pengajian

ASYIKIN ASMIN
10 Jan 2024 08:00am
A
A
A

Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti bagi golongan pelajar kurang berkemampuan di Tongod, Sabah dijangka lebih cerah dengan Yayasan Pendidikan Tongod.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, langkah penubuhan yayasan itu merupakan solusi baharu bagi menambah bilangan anak muda yang berpendidikan tinggi.

"Kita yakin akan lebih ramai modal insan yang berjaya dapat dilahirkan menerusi bantuan yayasan itu nanti," katanya ketika hadir pada majlis kesyukuran keluarga di Kampung Alitang di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan dua kilang terbesar yang bakal beroperasi di daerah itu tidak lama lagi akan membantu dari segi dana yayasan pendidikan itu nanti.

Sehubungan itu, dengan tertubuhnya yayasan pendidikan itu kelak boleh mengubah nasib golongan miskin dengan memberikan akses pendidikan tertinggi kepada penduduk di daerah ini.

Artikel Berkaitan:


"Pemegang amanah bagi yayasan itu nanti akan diuruskan oleh anak tempatan Tongod sendiri yang berkelayakan," katanya.

Sementara itu, sebagai Pengerusi Borneo Cement Sabah Sdn Bhd, beliau turut memberi jaminan 1,000 kekosongan jawatan bakal diwujudkan di syarikat tersebut yang akan memberi peluang kepada warga Tongod mengikut kelayakan akademik.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok