UniMAP telah berkembang maju dan tekad melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi menyokong pembangunan ekonomi negara.
UniMAP telah berkembang maju dan tekad melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi menyokong pembangunan ekonomi negara.

UniMAP guna rangkaian berpacukan AI untuk tambah baik pengalaman pembelajaran jurutera masa depan negara

ROSHLAWATY MD RAIEH
15 Apr 2023 04:40pm
A
A
A

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) iaitu sebuah universiti teknikal terkemuka di negara ini telah memilih penyelesaian Juniper untuk menaik taraf rangkaian kampus dan pusat datanya dalam usaha berterusan menambah baik pengalaman pembelajaran digital bagi mahasiswa dan kakitangannya.

Memanfaatkan rangkaian berpacukan kecerdasan buatan (AI) yang mantap, UniMAP kini bersedia menyatukan dan mengoptimumkan keupayaan rangkaian kampusnya bagi melahirkan jurutera cemerlang yang bakal menerajui masa depan digital negara.

Sejak ditubuhkan pada 2002, UniMAP telah berkembang maju menjadi salah satu daripada empat universiti teknikal di Malaysia, yang tekad melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi menyokong pembangunan ekonomi negara.

Tahun lalu, UniMAP telah memulakan proses merombak infrastruktur rangkaian kampusnya bagi menyokong peralihan kepada persekitaran pembelajaran digital dan memenuhi keperluan penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran yang kini mempunyai 17,000 pengguna.

Menurut Pengarah, Pusat Pengurusan dan Pembangunan Digital (DMDC), UniMAP, Nasrudin Abd Shukor, matlamat mereka di UniMAP tetap sama iaitu menyediakan pengalaman pembelajaran dan pengajaran yang paling lancar bagi penuntut dan kakitangan.

“Kami sedar akses kepada maklumat adalah kunci untuk membentuk minda graduan-graduan masa depan kita.

“Juniper Networks sememangnya boleh dipercayai selama ini untuk membolehkan kami membangunkan sebuah kampus yang mendahulukan digital dan kami berharap untuk mengoptimumkan segala keupayaan penyelesaian mereka seiring usaha negara meneruskan peralihannya kepada masyarakat yang benar-benar digital,” katanya.

Sementara itu, rekod prestasi Juniper yang terbukti memenuhi pelbagai keperluan rangkaian universiti pada masa lalu serta pengiktirafan sebagai Pemimpin Gartner® Magic Quadrant™ bagi Infrastruktur LAN Berwayar dan Tanpa Wayar Perusahaan yang diterimanya adalah antara faktor kritikal dalam proses pemilihan vendor.

Artikel Berkaitan:

Gabungan antara Titik Akses Tanpa Wayar AP33 dan AP32 Juniper telah digunakan di seluruh kampus bersama Juniper Mist Wi-Fi Assurance untuk menyelaraskan pengurusan rangkaian dan menambah baik pengalaman kakitangan teknologi maklumat (IT) dan mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) ini.

Untuk menyokong rangkaian tersebut, Juniper EX4650 Ethernet Switches dan Juniper Mist Wired Assurance telah dipilih, membolehkan universiti memanfaatkan pengalaman sambungan berwayar dan tanpa wayar bersepadu berpacukan Mist AI, yang menyediakan sambungan yang mudah, selamat dan lebih dipercayai pada skala besar.

UniMAP juga telah melaksanakan Marvis Virtual Network Assistant Juniper iaitu bantuan rangkaian maya yang mengguna pakai AI untuk membantu kakitangan IT universiti menyepadukan pengurusan rangkaian dan melaraskan pemantauan perkhidmatan serta penyelesaian masalah.

Seterusnya, pusat data universiti telah dinaik taraf dengan suis QFX 10002 dan QFX 5120 Juniper berasaskan konfigurasi casis maya.

Penetapan ini telah mengurangkan kependaman rangkaian pusat data kepada mikrosaat di samping menyediakan sambungan 100GbE.

Para penuntut dan warga fakulti kini akan mempunyai akses yang lancar dan sangat pantas kepada aplikasi dan pangkalan data universiti yang semakin luas iaitu satu ciri kritikal untuk menyediakan pengalaman pembelajaran terbaik.

Menerusi rangkaian berpacukan AI kendalian Juniper, UniMAP akan terus menambah baik pengalaman kampus untuk generasi jurutera negara yang akan datang dengan mewujudkan kampus digital berpacukan data yang terhubung sepenuhnya, mudah diakses dan lebih terlindung.

Semua ini dilaksanakan dalam usaha mencapai misi universiti meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa dan melahirkan individu cemerlang yang menyumbang kepada aspirasi ekonomi digital serta pembangunan keseluruhan negara.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok