Wakil pengurusan jawatankuasa UPSI hadir di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh bagi membantu pengurusan penghantaran jenazah Nur Farah Kartini. Foto Bernama
Wakil pengurusan jawatankuasa UPSI hadir di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh bagi membantu pengurusan penghantaran jenazah Nur Farah Kartini. Foto Bernama

UPSI sedia tanggung kos hantar pulang jenazah Nur Farah Kartini

16 Jul 2024 02:52pm

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menzahirkan hasrat untuk membantu urusan penghantaran jenazah Allahyarhamah Nur Farah Kartini Abdullah ke Miri, Sarawak.

Wakil pihak UPSI yang enggan dikenali berkata, pihak pengurusan universiti akan menanggung segala kos pengurusan dan penghantaran jenazah.

"Pihak pengurusan UPSI akan membantu meringankan bebanan keluarga mangsa menerusi sumbangan kos pengurusan penghantaran pulang jenazah arwah Nur Farah Kartini ke Miri, Sarawak.

"Bagaimanapun, perkara ini masih perlu menunggu keputusan daripada pihak waris sama ada akan dikebumikan di sini atau di Sarawak," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini pada Selasa.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Nur Farah Kartini merupakan bekas pelajar UPSI yang cemerlang dengan memperoleh Purata Gred Nilai (GPA) 4.0.

Pada Isnin, Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di ladang sawit di Hulu Selangor.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp