China-ASEAN Education Coorperation Week (CAECW2024)
China-ASEAN Education Coorperation Week (CAECW2024)

UPTM jalin kerjasama antarabangsa di China

26 Aug 2024 03:10pm

Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) menandatangani dua memorandum kolaborasi dengan Zhongshan Polytechnic dan Quanzhou Preschool Education College di China-ASEAN Education Cooperation Week (CAECW2024) pada 24 Ogos 2024.

Forum China-ASEAN itu merupakan acara tahunan Kementerian Luar Negara dan Kementerian Pendidikan Tinggi, People’s Republic of China yang berjaya menjemput delegasi dalam kalangan pemimpin negara serta institusi pengajian tinggi (IPT) dari negara-negara Asia Tenggara untuk berkolaborasi dengan IPT dari China.

Naib Canselor UPTM, Profesor Madya Dr Sharifah Syahirah Sy Shiekh dan Pengarah Pengantarabangsaan dan Industri, Dr Mohd Erfino Johari hadir ke forum itu untuk memperkukuhkan kerjasama di peringkat antarabangsa.

Antara isi kandungan memorandum kolaborasi yang telah ditandatangani adalah untuk mempertingkatkan kualiti program akademik dan kesarjanaan universiti di peringkat antarabangsa.

Kedua, untuk memulakan hubungan persahabatan dan kerjasama dengan Zhongshan Polytechnic serta Quanzhou Preschool Education College.

Ketiga, mengadakan pelbagai inisiatif seperti pertukaran pelajar dan pensyarah, kerjasama dalam penyelidikan, program edutourism serta pengukuhan bahasa.

Majlis Menandatangani Memorandum Kolaborasi di antara Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) dengan Zhongshan Polytechnic di China-ASEAN Education Cooperation Week (CAECW2024).
Majlis Menandatangani Memorandum Kolaborasi di antara Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) dengan Zhongshan Polytechnic di China-ASEAN Education Cooperation Week (CAECW2024).

Melalui jemputan khas oleh International Cultural Communication Center Malaysia (ICCCM) yang mempunyai rangkaian jaringan kerjasama di China, Indonesia, Uzbekistan, Pakistan, Belgium dan Nigeria, UPTM dapat diperkenalkan sebagai sebuah universiti memfokus kepada bidang professional, teknologi dan sains sosial.

Artikel Berkaitan:

UPTM juga mengetengahkan keunikan universiti yang memberi tumpuan khas kepada sijil profesional yang akan dimiliki pelajar bersama-sama dengan pengajian ijazah sarjana UPTM.

Selain dari IPT China, UPTM juga berpeluang mengadakan jalinan kerjasama peringkat awal dengan delegasi dari Indonesia, Thailand and Timor Leste seperti Universitas Semarang, Universitas Borobudur dan Universiti Thaksin.

Menurut kenyataannya, CAECW2024 meletakkan UPTM di landasan yang baik untuk menjalinkan kerjasama akademik dan industri bukan sahaja dengan China, tetapi juga kesemua 38 negara lain dalam kategori negara 'Belt and Road Initiatives’ (BRI).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp