Kerjasama semua pihak diperlukan dalam memastikan hasrat UPTM melahirkan akauntan Bumiputera profesional tercapai.
Kerjasama semua pihak diperlukan dalam memastikan hasrat UPTM melahirkan akauntan Bumiputera profesional tercapai.

UPTM proaktif lahirkan akauntan Bumiputera profesional

30 Aug 2024 09:51pm

Majlis Amanah Rakyat (Mara) menerusi Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) mengambil langkah proaktif dalam melahirkan akauntan Bumiputera profesional dan mewujudkan Institut Kajian Ekonomi Bumiputera (IKEB) sebagai platform untuk mencapai matlamat agenda Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB).

Menurut Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, peluncuran kerjasama di antara Prudence Consulting Group (PACCT) dan UPTM serta penubuhan IKEB adalah menjadi pemacu dalam melahirkan lebih ramai pakar perakaunan yang mempunyai pemikiran kritis di samping memastikan resolusi KEB dicapai pada tahap maksimum.

“Firma Perakaunan PACCT merupakan industri di bawah program Pembangunan Usahawan Profesional (PROSPEC) seliaan Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK) Mara.

No Image Caption

“Program tersebut merupakan inisiatif bersama di antara BIK dan UPTM dalam meningkatkan galakan kepada akauntan-akauntan bertauliah Bumiputera memiliki firma perakaunan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi peluncuran di UPTM Cheras, pada Jumaat.

Turut hadir, Naib Canselor UPTM, Profesor Madya Dr Syahirah Sy Shiekh dan Ahli Lembaga Pengarah Kolej Poly-Tech Mara Sdn Bhd, Tengku Datuk Zuhri Tengku Abdul Aziz, Mohd Fakhzan Md Noor dan Dr Wan Muhammad Adam Wan Norudin.

Sementara itu, Asyraf Wajdi juga berkata, UPTM turut menawarkan Teaching Accounting Firm (TAF) yang mensasarkan graduan perakaunan UPTM untuk memberi nilai tambah dengan ilmu, kemahiran dan teknikal praktikal dalam dunia sebenar perakaunan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Ujarnya lagi, Mara juga sentiasa meneliti dan cakna dalam memastikan agenda KEB itu dicapai pada tahap yang maksima.

“Hari ini, kita lihat UPTM memiliki Institut Kajian Ekonomi Bumiputera (IKEB) yang membantu memandu arah agenda pemerkasaan Bumiputera pada landasan yang tepat.

“IKEB memainkan peranan penting menjadi sebuah hub untuk melakukan kajian, penilaian dan laporan keberkesanan sesebuah projek, program di bawah kerajaan Madani untuk mencapai matlamat KEB yang telah ditetapkan,” jelasnya.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp