Sharifudin (kanan) pada Majlis Amanat Naib Canselor di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Sharifudin (kanan) pada Majlis Amanat Naib Canselor di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

USIM lancar kad V-ID dalam memperkasa transformasi digital pendidikan tinggi

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
22 Mar 2023 03:38pm
A
A
A

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melancarkan Virtual ID (V-ID) Card USIM menerusi platform USIM Mobile 2.0 dalam usaha menyokong transformasi digital di dalam pendidikan tinggi.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Ts Dr Sharifudin Md Shaari berkata, idea pelaksanaan V-ID Card tercetus pada penghujung tahun lalu melalui kerjasama kumpulan teknikal Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC), Pusat Komunikasi Strategik, Jabatan Keselamatan dan Jabatan Pendaftar.

“USIM sentiasa menyokong perkembangan era pemodenan dan teknologi terkini hari ini.

“Justeru, kewujudan V-ID Card tersebut merupakan alternatif pengenalan diri secara fizikal kerana ia memudahkan capaian di hujung jari dengan menggunakan telefon pintar pada bila-bila masa,” katanya pada Majlis Amanat Naib Canselor di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Sharifudin (kanan) ketika memperkenalkan V-ID Card USIM  pada Majlis Amanat Naib Canselor di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Sharifudin (kanan) ketika memperkenalkan V-ID Card USIM pada Majlis Amanat Naib Canselor di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, aplikasi USIM Mobile edisi 1.0 dibangunkan pada Ogos 2019 adalah untuk keperluan capaian terutamanya mahasiswa sarjana muda untuk melakukan semakan keputusan peperiksaan dan lejer mereka.

Tuturnya lagi, inovasi berkenaan digunakan secara optimum ketika pandemik Covid-19 pada Mac 2020 bertujuan melakukan pengrekodan kehadiran staf semasa bertugas secara Bekerja Dari Rumah (BDR).

“Dengan pelaksanaan USIM Mobile ini, penerapan konsep Bring Your On Device (BYOD) kepada staf telah dikuatkuasakan serta-merta apabila semua warga USIM perlu menggunakan telefon pintar masing-masing untuk akses ke dalam aplikasi USIM Mobile dan tiada lagi Kiosk Mesin myAKRAB disediakan kepada mereka.

Artikel Berkaitan:

“USIM telah menaik taraf fungsi aplikasi kepada versi USIM Mobile 2.0 dalam memperkasa lagi transformasi digital malah merupakan antara universiti yang terawal membangunkan V-ID ini selain Universiti Putra Malaysia (UPM),” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok