Warga USIM melawat ibu pejabat Nestle di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini dalam meneroka peluang kerjasama membangunkan produk makanan berasaskan tumbuhan.
Warga USIM melawat ibu pejabat Nestle di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini dalam meneroka peluang kerjasama membangunkan produk makanan berasaskan tumbuhan.

USIM, Nestle teroka pembikinan makanan berasaskan tumbuhan

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMNADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
16 Mar 2023 12:34pm

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneroka peluang kerjasama dengan Nestle (Malaysia) Bhd dalam produk makanan berasaskan tumbuhan.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Sharifudin Md Shaarani berkata, kerjasama universiti berkenaan bersama industri amat bertepatan dalam memperkasakan keterlihatan (visibility) USIM.

“Universiti mengalu-alukan kolaborasi dalam usaha menyemarakkan pemindahan ilmu antara kedua pihak.

“Ogos tahun lalu, USIM dan Nestle telah bekerjasama melalui Memorandum Perjanjian (MoA) dalam memberikan pendidikan Halal ke sekolah-sekolah atau Program Halal@School with Nestle,” katanya selepas mengadakan kunjungan ke pejabat Nestle di Petaling Jaya, Selangor yang disambut oleh Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan Nestle, Datuk Adnan Pawanteh.

Hadir sama, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi USIM, Dr Norlida Basir; Ketua Program (Bioteknologi Makanan) USIM, Dr Nur Zazarina Ramly dan empat pensyarah Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi USIM.

Dalam lawatan berkenaan, beliau menambah, satu perkongsian khas oleh Nestle turut diadakan berkaitan pengurusan Halal dan nutrisi pemakanan.

Selain itu, Sharifudin menjelaskan, pihak delegasi turut didedahkan dengan produk makanan berasaskan tumbuhan iaitu pengenalan Harvest Gourmet yang dilancarkan pada 2021.

“Kita juga dalam perancangan untuk mengadakan Karnival Mega Fatwa dan Halal yang akan diterajui di bawah Institut Fatwa dan Halal IFFAH pada Julai tahun ini dengan pelbagai pengisian menarik termasuk penawaran kursus Halal Eksekutif dan Mega Halal School dengan kerjasama Nestle.

Artikel Berkaitan:

“USIM berharap kerjasama ini akan terus dikembangkan bukan sahaja dalam bidang Halal malah bidang lain juga,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp