Terdapat pelbagai amalan dalam membantu pelajar kurang berkemampuan melalui beberapa bantuan kewangan seperti biasiswa, pinjaman, dermasiswa dan zakat di USIM.
Terdapat pelbagai amalan dalam membantu pelajar kurang berkemampuan melalui beberapa bantuan kewangan seperti biasiswa, pinjaman, dermasiswa dan zakat di USIM.

USIM sedia pelbagai inisiatif kepada pelajar kurang mampu. Semoga dimurahkan rezeki!

20 Sep 2024 11:00am

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyediakan pelbagai inisiatif bagi memastikan pelajar kurang berkemampuan dapat meneruskan pengajian.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Ts Dr Sharifudin Md Shaarani berkata, ia termasuk memberikan kemudahan penangguhan bayaran yuran semasa pendaftaran serta membuka ruang kepada pelajar untuk membuat permohonan bantuan kewangan daripada universiti dan pihak berkaitan.

"Sehubungan itu, kita menyambut baik saranan Menteri Pendidikan Tinggi agar semua pentadbir universiti menerima masuk pelajar miskin dan daif, termasuk menangguhkan bayaran yuran pendaftaran mereka.

"Ia selaras dengan komitmen USIM dalam memberi peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang ekonomi," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Khamis.

SHARIFUDIN
SHARIFUDIN

Sharifudin berkata, pihaknya juga mendukung inisiatif kerajaan untuk mengarahkan universiti menguruskan bantuan awal pengajian melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi golongan mahasiswa yang memerlukan.

Ujar beliau, ia sejajar dengan dasar USIM yang menitikberatkan aspek kebajikan pelajar.

Artikel Berkaitan:

"USIM juga tidak terlepas daripada berdepan dengan situasi di mana sebilangan pelajar mengalami masalah untuk mendaftar yuran pengajian disebabkan faktor kewangan.

"Isu itu terutamanya dialami pelajar dari golongan berpendapatan rendah, golongan B40 dan golongan asnaf," katanya.

Jelasnya beliau, terdapat pelbagai amalan yang dipraktikkan dalam membantu pelajar kurang berkemampuan melalui beberapa bantuan kewangan seperti biasiswa, pinjaman, dermasiswa dan zakat.

Selain itu, katanya, turut disediakan ialah pinjaman wang kecemasan kepada pelajar yang memerlukan kewangan segera dan program bantuan makanan kepada pelajar yang menghadapi masalah untuk menampung kos sara hidup.

Pada Khamis, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengarahkan semua pentadbir universiti menerima masuk pelajar miskin dan daif, termasuk menangguhkan bayaran yuran pendaftaran mereka.

Zambry turut mengarahkan pihak universiti menguruskan bantuan awal pengajian melalui PTPTN kepada golongan mahasiswa berkenaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp