Program Mantap SPM dijalankan sepenuhnya secara dalam talian melibatkan seramai 200 pelajar dari golongan B40.
Program Mantap SPM dijalankan sepenuhnya secara dalam talian melibatkan seramai 200 pelajar dari golongan B40.

Yayasan Hasanah, USM jalin kerjasama bantu calon SPM dari golongan B40

AZLEENDA SAHALUDIN
15 Mar 2023 02:43pm
A
A
A

Yayasan Hasanah memainkan peranan penting sebagai pemangkin dalam pembentukan dan perkembangan program berunsurkan akademik bagi meningkatkan serta memperkasakan komuniti yang seimbang dengan jurang taraf sosial masyarakat.

Ia sejajar dengan matlamat penyediaan pendidikan holistik kepada pelajar daripada kelompok berpendapatan rendah (B40) supaya cemerlang dalam pendidikan serta kemahiran insaniah.

Untuk itu, bagi meningkatkan pencapaian pelajar khususnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Program Mantap SPM telah direka khas Yayasan Hasanah dengan kerjasama Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), Universiti Sains Malaysia (USM), USAINS Holding Sdn Bhd serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang.

Program itu telah ditetapkan tempoh pelaksanaan selama 18 bulan bermula Jun 2022 hingga November 2023 yang mengaplikasikan konsep Coaches-Coachee dengan menggunakan tiga elemen penting iaitu, Pengesanan, Pemulihan dan Pengupayaan (3P) dalam usaha untuk membantu meningkatkan prestasi pembelajaran peserta program.

Menurut Ketua Program, Muhamad Nur Hazim Mazlan, sesi bimbingan (coaching) ini dilaksanakan dalam kumpulan kecil dengan nisbah seorang coach yang majoritinya mahasiswa USM daripada Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) kepada 10 hingga 14 pelajar.

Katanya, seramai 200 pelajar Tingkatan Lima dalam golongan B40 melibatkan enam buah sekolah daerah Barat Daya Pulau Pinang telah terpilih untuk mengikuti program ini yang dllaksanakan sepenuhnya secara dalam talian.

“Seiring dengan pencapaian USM sebagai universiti ke-35 terbaik di rantau Asia dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings: Asia 2022, kepakaran melalui hasil penyelidikan universiti dimanfaatkan dalam pelaksanaan program ini.

“USM juga telah mengambil inisiatif untuk membekalkan tablet dan pelan data kepada semua peserta program yang dibiaya penuh oleh Yayasan Hasanah dan Celcom sebanyak RM680 ribu,” katanya kepada Sinar Bestari, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, program ini turut mengambil kira silibus dan sukatan pembelajaran terkini dalam usaha untuk memastikan setiap pelajar mendapat manfaat sebanyak mungkin.

Tambah Nur Hazim, selain diberi pendidikan, peserta program juga dibimbing dalam menentukan pemilihan hala tuju di samping berpeluang menerima biasiswa daripada Yayasan Hasanah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok