Antara aktiviti belia sempena YES 2024, baru-baru ini.
Antara aktiviti belia sempena YES 2024, baru-baru ini.

YES 2024 bentuk masa depan belia

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
19 Mar 2024 12:53pm

Seramai 100 belia dalam kalangan pelajar asasi dan matrik berjaya dikumpulkan sempena program Seminar Pemerkasaan Belia atau Youth Empowerment Seminar (YES) 2024, Sabtu lalu.

Mereka yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar Kolej Matrikulasi Johor, Kolej Matrikulasi Selangor, Kolej Matrikulasi Melaka, Kolej Matrikulasi Pahang dan Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dengkil, Selangor.

Turut serta pelajar Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), Pusat Asasi Universiti Teknologi Petronas (UTP), Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Multimedia Cyberjaya (MMU).

No Image Caption

YES 2024 yang dianjurkan Pertubuhan Pemimpin Sukarelawan Malaysia (YOSH) kelolaan Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) dengan kerjasama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPSI, bertujuan mengutamakan pembangunan holistik belia melalui penekanan dalam aspek akademik, kesukarelawan dan keusahawanan.

Pelbagai sesi interaktif dan pendedahan kepada realiti kehidupan universiti telah disediakan bagi membantu belia menentukan hala tuju pendidikan dan kerjaya.

Antara aktiviti berkenaan adalah slot Campus Tour dan Career Pathway.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Selain itu, peserta turut diberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan yang dapat membentuk keperibadian dan nilai-nilai kemanusiaan yang kukuh.

Sementara itu, golongan belia tersebut turut menyertai kempen Better Me, Better Ramadan di mana mereka menyantuni 50 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Mahabbah dan bersama-sama komuniti setempat merewang memasak bubur lambuk di Masjid Al Mursyidin Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

No Image Caption

Sebanyak 400 bekas berjaya disiapkan yang kemudiannya diagihkan kepada orang ramai.

Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja memberi peluang kepada belia membaktikan diri kepada masyarakat tetapi juga membentuk nilai-nilai kebajikan, empati dan kasih sayang dalam pembentukan generasi masa depan.

Peserta memasak bubur lambuk di Masjid Al Mursyidin UPSI.
Peserta memasak bubur lambuk di Masjid Al Mursyidin UPSI.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp