
100 murid SK Rumbia teroka Kuala Lumpur melalui lawatan berkomuter
Seramai 100 murid Tahap Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Rumbia, Alor Gajah, Melaka mengikuti lawatan berkomuter ke Kuala Lumpur baru-baru ini.
Lawatan yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang kemudahan pengangkutan awam moden, khususnya perkhidmatan KTM Komuter, sebagai alternatif perjalanan yang selamat, mudah dan mesra alam.
Menurut kenyataan media yang diemel kepada Sinar Bestari, lawatan tersebut menggunakan laluan Pulau Sebang – KL Sentral, membolehkan murid menyelusuri tarikan-tarikan menarik di ibu kota termasuk Muzium Negara dan Planetarium Negara.
"Aktiviti sebegini bukan sekadar lawatan santai, tetapi juga peluang untuk meningkatkan pengetahuan murid tentang penggunaan pengangkutan awam dengan berhemah.

"Malah, mereka juga didedahkan kepada etika, keselamatan dan kepentingan menjaga kebersihan di tempat awam," menurut kenyataan itu.
Seterusnya, lawatan bermanfaat itu juga membantu membina keyakinan diri dan kemahiran sosial murid melalui pengalaman perjalanan sebenar serta interaksi dengan pelbagai lapisan masyarakat di bandar besar.

Akhir sekali, dengan penglibatan aktif murid dalam program seperti ini, SK Rumbia terus menekankan pembelajaran holistik, menggabungkan akademik dengan pengalaman praktikal yang menyeronokkan dan bermanfaat.
Ringkasan AI
- Seramai 100 murid Tahap Dua Sekolah Kebangsaan Rumbia, Alor Gajah, Melaka mengikuti lawatan berkomuter ke Kuala Lumpur
- Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang kemudahan pengangkutan awam moden
- Murid-murid menggunakan laluan Pulau Sebang - KL Sentral dan melawat tarikan ibu kota seperti Muzium Negara dan Planetarium Negara
- Lawatan ini tidak hanya menghiburkan tetapi juga meningkatkan pengetahuan murid tentang etika, keselamatan dan kepentingan menjaga kebersihan di tempat awam
- Program ini membantu membina keyakinan diri dan kemahiran sosial murid, sekaligus menekankan pembelajaran holistik yang menggabungkan akademik dengan pengalaman praktikal
