Beri sokongan, santuni murid Orang Asli

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
19 Jan 2026 11:45am

Senyuman dan gelak tawa mewarnai dataran perhimpunan SK Sungai Judah (A) yang menandakan keterujaan dan semangat anak-anak Orang Asli kembali ke sekolah.

Sambutan mesra program dengan kerjasama SD Guthrie bersama maskot animasi Papa Zola bukan sekadar meraikan kehadiran murid-murid, malah menyemai keyakinan bahawa setiap anak diterima, dihargai dan mempunyai ruang untuk belajar serta berkembang.

Mohd Nor (kanan) menerima sijil penghargaan daripada Guru Besar SK Sungai Judah (A), Samsul Fadilah (kiri).
Mohd Nor (kanan) menerima sijil penghargaan daripada Guru Besar SK Sungai Judah (A), Samsul Fadilah (kiri).

Begitulah perkongsian Penolong Pengurus Kanan Ladang West SD Guthrie, Mohd Nor Hamis, yang berharap muridmurid ini dapat membina masa depan yang lebih cerah.

“Pihak SD Guthrie akan sentiasa memberikan sokongan kepada semua pelajar yang bersekolah di kawasan Pulau Carey.

Wakil SD Guthrie mengedarkan beg Sinar Bestari kepada murid-murid.
Wakil SD Guthrie mengedarkan beg Sinar Bestari kepada murid-murid.

“Kami juga mengharapkan programprogram seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang, sekali gus menyuntik semangat dan minat murid untuk terus hadir ke sekolah,” katanya kepada Sinar Bestari selepas program Welcome Back to School 2026 di SK Sungai Judah (A), Pulau Carey baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, SD Guthrie mempunyai peranan yang sangat besar dan strategik terhadap Pulau Carey.

Ia bukan sekadar sebagai pemilik tanah malah sebagai pemacu utama pembangunan ekonomi yang baik.

Ringkasan AI

  • Senyuman dan gelak tawa mewarnai dataran perhimpunan SK Sungai Judah (A) pada acara sambutan kembali ke sekolah anak-anak Orang Asli
  • Program sambutan dengan kerjasama SD Guthrie dan maskot animasi Papa Zola bertujuan meraikan murid dan menyemai keyakinan mereka
  • Penolong Pengurus Kanan Ladang West SD Guthrie, Mohd Nor Hamis, berharap murid-murid dapat membina masa depan yang lebih cerah
  • SD Guthrie komited memberi sokongan kepada pelajar di Pulau Carey dan berharap program semacam ini dapat menyuntik semangat bersekolah
  • SD Guthrie memainkan peranan besar dalam pembangunan ekonomi Pulau Carey selaku pemilik tanah dan pemacu utama pembangunan
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp