Raihana
Raihana

Bicara berirama bina keyakinan diri

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
10 Jul 2023 10:14am

Bicara berirama antara aktiviti kokurikulum yang ditawarkan di sekolah rendah dan juga sekolah menengah untuk nilai tambah dalam perekodan markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Walaupun aktiviti ini tidak popular seperti aktiviti-aktiviti lain, namun ia tetap mendapat tempat di hati murid-murid yang berminat untuk menonjolkan bakat dalam bidang bahasa.

Sebagai seorang murid yang aktif dalam bicara berirama, ia menuntut mereka untuk yakin melontarkan pelbagai intonasi suara di hadapan khalayak ramai.

Raihana
Raihana



Bagi seorang ahli pasukan bicara berirama, Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan 4, Bangi, Selangor, Raihanah Ahmad Afifi mengakui penglibatannya dalam kokurikulum itu sedikit sebanyak membina keyakinan diri untuk lebih berani berdiri di depan orang ramai.

Katanya, jika dahulu dia seorang yang introvert (agak pemalu dan tidak yakin untuk bercakap) namun kini segalanya berubah apabila dia lebih berani menonjolkan bakat terpendam dirinya dalam bicara berirama.

Bercerita lebih lanjut tentang penglibatan dalam aktiviti berkenaan, pelajar Tahun Enam itu memberitahu, dia menyertai pasukan bicara berirama sekolah ketika di Tahun Lima dan bergiat aktif menyertai pelbagai pertandingan.

“•Cikgu yang juga jurulatih sentiasa mencari peluang menghantar kami menyertai pelbagai pertandingan sama ada anjuran sekolah atau pihak luar.

“•Ini adalah untuk melatih kami supaya lebih yakin dan memberi pengalaman baru selain turut berpeluang berjumpa dengan rakan-rakan daripada sekolah lain,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:


Tambah anak kedua daripada tiga beradik ini, sepanjang bergiat aktif dengan bicara berirama ia sama sekali tidak mengganggu proses pembelajarannya di sekolah.

Ujarnya, tip yang diamalkan bagi menghafal skrip latihan turut diterapkan ketika mengulang kaji pelajaran seperti menghafal dengan membaca berulang kali.

Malah, jelasnya lagi kadang-kala ketika waktu rehat semasa latihan bicara berirama, masa diisi dengan membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru.

“•Latihan selalunya mengambil masa tiga hingga empat jam selepas tamat sesi persekolahan.

“•Sepanjang latihan akan ada beberapa minit yang diberi oleh cikgu untuk rehat dan saya akan menggunakan masa tersebut dengan membuat kerja rumah atau mengulang kaji pelajaran bersama rakan-rakan lain,” tambahnya.

Sepanjang dua tahun menyertai pelbagai pertandingan bicara berirama, Raihanah memaklumkan, dia akan meneruskan penglibatannya di peringkat sekolah menengah jika diberi peluang.

Cara menghafal skrip Bicara Berirama dengan cepat dan berkesan

1) Pilih waktu yang sesuai

Sebaik sahaja menerima skrip, dinasihatkan untuk terus mencari waktu yang sesuai untuk menghafal. Antara waktu yang baik untuk menghafal adalah pada waktu pagi atau tengah malam.

2) Dengar bacaan sendiri

Dinasihatkan kepada murid yang terlibat dengan bicara berirama ini untuk sentiasa mendengar bacaan sendiri. Ini kerana ia membantu dan memudahkan seseorang untuk mengingati dengan lebih mudah serta berkesan. Murid-murid juga boleh membaca dengan nada yang kuat bagi membantu lebih fokus dengan apa yang dibaca.

3) Perbanyakkan latihan

Lakukan latihan secara berulang kali sehingga ia menjadi kebiasaan. Bagi menyertai bicara berirama, setiap pasukan akan mempunyai lebih kurang sebulan latihan sebelum pertandingan. Justeru, digalakkan untuk memperbanyakkan latihan untuk lebih selesa dan yakin ketika melontarkan suara.

4) Praktis bersama rakan

Bicara berirama merupakan satu pertandingan yang dilakukan secara berpasukan. Oleh itu, semasa sesi latihan murid-murid perlu berganding bahu dan ini sedikit sebanyak membantu memudahkan dan mempercepatkan proses menghafal. Malah, rakan-rakan juga boleh membantu sekiranya berlaku kesilapan seperti tersal•ah sebutan atau bacaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp