Sebahagian murid yang menghadiri program Semarak Merdeka: Takluk Lahad Datu di mmCineplexes Segamat Sentral.
Sebahagian murid yang menghadiri program Semarak Merdeka: Takluk Lahad Datu di mmCineplexes Segamat Sentral.

Hargai perjuangan tokoh kemerdekaan

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
11 Sep 2024 05:30pm
A
A
A

Setiap murid perlu menghargai perjuangan tokoh kemerdekaan dengan meneladani keberanian dan kesungguhan mereka mempertahankan maruah negara.

Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sawah Bahru, Labis, Johor, Norazman Jauhari, perjuangan tokoh bukan sekadar kisah sejarah tetapi ia adalah inspirasi yang harus dihargai murid-murid untuk membina semangat cinta akan negara.

"Sebagai contoh, program Semarak Merdeka: Takluk Lahad Datu yang diadakan di mmCineplexes Segamat Sentral baru-baru ini, membuka minda mereka (murid) tentang perjuangan dan perit getir anggota barisan hadapan dalam menjaga keamanan Malaysia.

"Secara tidak langsung, ia juga menyemaikan lagi rasa patriotisme dalam diri generasi masa kini,” katanya.

Terdahulu, Semarak Merdeka: Takluk Lahad Datu merupakan program anjuran sekolah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Segamat dan Caltex Malaysia.

No Image Caption

Seramai 138 murid dan 60 guru dari sekolah-sekolah kawasan Tenang iaitu SK Pekan Air Panas, SK Kampong Tenang, SK Sawah Bahru, SK Felda Tenang, Sekolah Agama Kampung Sawah dan Sekolah Jenis Kebangsaan China (SJKC) Tenang hadir menonton filem berkenaan.

Sementara itu, Penolong Pegawai PPD Segamat (Sektor Pembangunan Murid), Hamidun Hamzah menyifatkan, program sebegini harus diteruskan supaya dapat menarik minat murid mengetahui tentang sejarah dan perjuangan tokoh negara.

Dalam masa yang sama, program dapat mengeratkan hubungan antara warga PPD dengan sekolah sekitar daerah Segamat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok