Sambutan Hari Guru SK Batu Melintang meriah dengan aktiviti-aktiviti menarik disediakan pihak sekolah.
Sambutan Hari Guru SK Batu Melintang meriah dengan aktiviti-aktiviti menarik disediakan pihak sekolah.

Hari Guru di sekolah baharu

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
21 May 2024 12:23pm

16 Mei merupakan tarikh yang sangat dinantikan oleh para guru.

Ia kerana, pada tarikh itu, golongan pendidik akan diraikan dengan penuh meriah dan bermakna sekali.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Melintang, Jeli, Kelantan, Cikgu Ahmad Safarman Dollah berkata, 16 Mei iaitu Hari Guru membawa sejuta makna kepada dirinya dan rakan-rakan guru lain.

“Lagu Hari Guru iaitu Kami Guru Malaysia memberi aura dan semangat yang menggunung tinggi.

“Setiap kali menyanyi di hadapan pentas, saya semacam disuntik dengan satu perasaan baharu,” ujarnya yang baru sahaja mengajar di sekolah itu, lima bulan lalu.

Selain teruja dengan kedatangan 16 Mei, Cikgu Ahmad Safarman turut berkongsi mengenai kekaguman dirinya terhadap persiapan majlis Hari Guru SK Batu Melintang, baru-baru ini.

No Image Caption

“Kumpulan ahli jawatankuasa (AJK) Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) adalah insan yang menjadi tulang belakang dalam menjayakan majlis yang penuh gilang-gemilang ini.

Artikel Berkaitan:

“Mereka telah merancang pelbagai aktiviti menarik antaranya persembahan nyanyian berkumpulan dan sukaneka seperti boling kelapa, mencedok gula-gula sambil tutup mata serta mengusung tepung.

“Melihat pentas yang dibina sepenuhnya oleh AJK PIBG membuatkan saya merasakan ikatan pihak ibu bapa dan sekolah sangat rapat bagaikan aur dengan tebing. Mereka sanggup hadir ke sekolah secara bergotong-royong selama beberapa hari semata-mata mahu memberikan yang terbaik kepada semua guru,” katanya.

No Image Caption

Mengulas lanjut, Cikgu Ahmad Safarman memberitahu, dirinya sangat gembira apabila diberikan tugasan sebagai jurukamera sepanjang majlis Hari Guru berlangsung.

Selain itu, beliau juga telah diberi amanah untuk mendeklamasikan sajak bersama rakan guru lelaki.

Malah, guru ini turut dipilih sebagai guru pembimbing kepada murid-murid yang membuat persembahan sajak dan syair.

“Alhamdulillah, majlis pada hari tersebut berjalan dengan lancar.

“Semua berpuas hati dan berharap agar pihak sekolah dapat merancang aktiviti yang lebih baik lagi untuk dikenang dengan 1001 senyuman.” ujarnya yang memakai pakaian doktor pada hari yang penuh bermakna itu.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp