Antara peralatan yang terdapat di Studio Kemara.
Antara peralatan yang terdapat di Studio Kemara.

Kemara Studio SK Dato’ Wan Kemara lonjak pendigitalan dalam sekolah

MARIATUL QATIAH ZAKARIA
03 Apr 2023 01:10pm
A
A
A

Penularan pandemik Covid-19 dua tahun lalu telah mengubah landskap pendidikan negara dan ia memberi cabaran besar kepada pendidik selepas sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka terpaksa dihentikan.

Pastinya ini merupakan senario baharu di mana tiada siapa mempunyai pengalaman tetapi pendidik berusaha melakukan dan memberikan yang terbaik demi melonjakkan pendidikan ke tahap lebih tinggi.

Bermula daripada itu, pendidik dilatih supaya mempunyai kepakaran serta pengetahuan mendalam bagi membolehkan mereka membiasakan diri dalam penyampaian pembelajaran secara digital dan mengetahui penggunaan teknologi.

Dalam usaha menyahut cabaran tersebut, Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara yang terletak di Changlun, Kedah, mengambil inisiatif dengan mewujudkan Kemara Studio.

Menurut Guru Besarnya, Mohd Nizam Saidin, Kemara Studio telah dibangunkan pada Jun 2019 dengan sebuah kamera digital lensa tunggal reflex (DSLR), dinding layar hijau dan sebuah komputer peribadi.

Kemara Studio memiliki dinding layar hijau bagi memudahkan proses rakaman.
Kemara Studio memiliki dinding layar hijau bagi memudahkan proses rakaman.

Tambah beliau, revolusi telah diakukan di studio tersebut sedikit demi sedikit dengan membeli sebuah kamera video digital.

“Kemara Studio turut menerima tajaan lampu sorot daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dan Universiti Utara Malaysia (UUM) menyumbang dua unit kamera video (pelupusan) sekali gus memeriahkan lagi studio ini.

Artikel Berkaitan:

“Selepas itu peralatan demi peralatan ditambah untuk menjadikan Kemara Studio lengkap untuk penggambaran berbentuk pembelajaran kepada warga sekolah,” ujarnya kepada Sinar Bestari ketika dihubungi, baru-baru ini.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan peralatan-peralatan yang terdapat di dalam Studio Kemara, Mohd Nizam menjelaskan, guru-guru serta murid-murid di SK Dato’ Wan Kemara telah diberikan pendedahan tentang penggunaan peralatan yang terdapat di dalam Studio Kemara.

Antara peralatan yang terdapat di Studio Kemara.
Antara peralatan yang terdapat di Studio Kemara.

“Pihak sekolah dan Unit Media Kemara TV sangat memberi penekanan untuk melibatkan murid sepenuhnya untuk menggendalikan peralatan agar mereka memperoleh pengalaman melalui pembelajaran.

“Murid-murid yang berminat akan diberikan pendedahan mengikut kemahiran tertentu dan peralatan yang akan dikendalikan.

“Contohnya, terdapat murid yang hanya menggendalikan kamera sahaja manakala ada yang menggendalikan proses penyuntingan dan tidak ketinggalan menggendalikan pencahayaan,” tuturnya lanjut.

Yang pasti, ujar Mohd Nizam, selain peralatan, warga sekolah turut didedahkan dengan penggunaan perisian dan diberikan bengkel serta kursus pendek tentang suntingan video dan perisian.

Info

Senarai anugerah yang pernah dimenangi SK Dato’ Wan Kemara

  • Anugerah Pembestarian Sekolah Terbaik Peringkat Negeri 2020 - Johan
  • Microsoft Shocase School Peringkat Antarabangsa 2021 dan 2022 - Pengiktirafan
  • Sekolah Terbaik Amalan Pendidikan Digital Peringkat Negeri 2021 - Johan
  • Anugerah Sekolah Bestari Peringkat Negeri 2021 - Johan
  • Digital Utilisation Technology Award Peringkat Kebangsaan 2022 - Anugerah Emas
  • Anugerah Studio TV Terbaik Peringkat Negeri 2022 - Johan
  • Sekolah Terbaik Amalan Pendidikan Digital Peringkat Negeri 2022 - Johan
  • Anugerah Sekolah Bestari Peringkat Negeri 2022 - Johan
  • Anugerah Sekolah SMART Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2022 - Johan
  • Anugerah Sekolah PERDANA Peringkat Negeri 2019 hingga 2022 - Johan
  • Anugerah Sekolah Cemerlang Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2018- Johan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok