Murid yang juga anak yatim itu menghadiahkan buah mempelam kepada guru besar sempena hari perpisahan.
Murid yang juga anak yatim itu menghadiahkan buah mempelam kepada guru besar sempena hari perpisahan.

Mempelam tanda perpisahan murid dengan guru besar

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
15 Aug 2024 02:19pm

Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa bawa bahagia, kasih guru tiada taranya. Demikianlah boleh diumpamakan kasih seorang mantan guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang, Terengganu yang dipaparkan menerusi satu hantaran video ketika hari perpisahannya.

Video berdurasi 42 saat itu memaparkan situasi sedih dan hiba di atas perpisahan guru besar yang sudah berkhidmat selama enam tahun di sekolah berkenaan ke sekolah baru iaitu SK Bukit Jejulong, Terengganu.

Lebih menyayat hati dan menyentuh perasaan penonton, apabila seorang murid yang juga anak yatim telah memberikan hadiah perpisahan kepada guru besar itu beberapa biji buah mempelam kerana dia tahu itulah buah kegemaran guru tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut berasa sedih dan berpendapat guru besar sekolah itu merupakan guru yang hebat,

Antara komen yang sempat dipetik:

“Mesti guru besar ini mempunyai sifat seorang ayah dalam mendidik anak-anak pelajar. Jarang sekali anak-anak pelajar akan menangisi pemergian seorang guru besar.” tulis Kaharuddin Ramli.

“Ini guru besar luar biasa. Sebab itu disayangi muridnya.” tulis Muhammad bin Abdullah.

“Mesti guru besar ini sangat-sangat baik. Jarang budak-budak rapat dan sayang guru besar. Tahniah cikgu the real pendidik.” tulis Salina Hassan.

Artikel Berkaitan:

“Istimewanya cikgu ini. Gelaran yang akan dibawa sampai ke dalam kubur. Tidak perlu jadi datuk atau tan sri.” tulis Izuwan Ilias.

“Kenangan mempelan ini akan menjadi satu memori indah dalam hidup guru dan adik ini.” tulis Noor Aini.

Apa-apa pun, Sinar Bestari mengucapkan syabas dan tahniah kepada mantan guru besar SK Seberang Marang kerana membuktikan jawatan pemimpin di sekolah juga boleh menambat hati murid-murid sehingga terserlah keikhlasan ketika hari perpisahan.

Sinar Bestari juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada guru besar tersebut dalam menjalani perkhidmatan di sekolah baru.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp