Murid-murid SK AU Keramat cukup bertuah kerana berpeluang menimba ilmu tentang cara-cara membasuh tangan dengan betul.
Murid-murid SK AU Keramat cukup bertuah kerana berpeluang menimba ilmu tentang cara-cara membasuh tangan dengan betul.

Pentingnya amalan mencuci tangan

31 Jul 2024 02:54pm

Murid-murid sering mengabaikan aspek mencuci tangan biarpun amalan itu begitu mudah dilakukan.

Pengabaian tersebut secara tidak langsung menyumbang kepada penyebaran penyakit berjangkit seperti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang meningkat dengan ketara dalam kalangan kanak-kanak pada tahun 2023.

Baru-baru ini, Sekolah Kebangsaan (SK) AU Keramat, Kuala Lumpur telah mengikuti kempen C untuk Cuci Tangan: Tangan Kecil Masa Depan Gemilang di sekolah mereka.

No Image Caption

Kempen anjuran Lifebuoy dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Guardian Malaysia bertujuan mendidik murid-murid mengenai kepentingan mencuci tangan menggunakan sabun menerusi program pendidikan kebersihan bersasar.

Menurut Ketua Unilever Malaysia dan Ketua Penjagaan Peribadi Malaysia, Singapura dan Thailand, Lenny Chuah, kebersihan tangan adalah perkara yang mudah dan paling berkesan untuk mencegah penyakit.

 Lenny Chuah
Lenny Chuah

“Kami berbangga kerana mendapat sokongan KPM dan KKM ke arah mencapai matlamat bersama iaitu mendidik murid-murid tentang kepentingan mencuci tangan.

Artikel Berkaitan:

“Oleh itu, besar harapan pihak Lifebuoy agar program sebegini terus mencatatkan kejayaan cemerlang ke arah mencapai matlamat menarik penyertaan 1,000,000 murid menjelang 2025 sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan tangan,” katanya.

No Image Caption



No Image Caption



No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp