Tiga murid Orang Asli dari SK Permatang Keledang melakar sejarah apabila merangkul pingat emas kategori Junior Creative Category (Technic) dalam International Robot Olympiad ke-26, Busan, Korea.
Tiga murid Orang Asli dari SK Permatang Keledang melakar sejarah apabila merangkul pingat emas kategori Junior Creative Category (Technic) dalam International Robot Olympiad ke-26, Busan, Korea.

'Tahniah anak Pahang' - Wan Rosdy bangga murid Orang Asli SK Permatang Keledang bawa pulang pingat emas dari Busan, Korea

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
22 Jan 2025 11:58am

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada tiga murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Keledang, Pekan, Pahang atas kejayaan mereka membawa pulang pingat emas di International Robot Olympiad ke-26, Busan, Korea baru-baru ini.

Wan Rosdy dalam hantaran di Facebook memaklumkan, pingat emas itu diperoleh oleh mereka menerusi kategori Junior Creative Category (Technic).

"Kejayaan ini membuktikan bahawa anak-anak dalam kalangan masyarakat Orang Asli mempunyai potensi yang besar untuk berjaya jika mereka mempunyai keazaman yang tinggi.

"Anak-anak semua telah membuktikan bahawa anak Pahang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

No Image Caption

"Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berinovasi dan mengharumkan nama negeri serta negara,” catatnya pada Rabu.

Untuk info, International Robot Olympiad ke-26, Busan, Korea yang berlangsung 18 dan 19 Januari lalu turut membawa penyertaan pasukan murid Orang Asli dari Kelantan (Sri Permai, Gua Musang) dan Johor.

Mereka dan para peserta dari negara lain bersaing dalam Junior Creative Category, di mana murid-murid ditugaskan untuk mencipta dan mempersembahkan solusi robotik.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Sementara itu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) Pekan, Pahang, Azmi Abdul Rashid mengucapkan syabas dan tahniah atas pencapaian yang gemilang murid-murid, guru pembimbing dan juga sekolah.

"Pencapaian ini sangat membanggakan dan mengangkat nama sekolah serta negara di pentas antarabangsa.

"Semoga ia memberi inspirasi kepada lebih ramai murid dan guru untuk terus berinovasi, berusaha dan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang lebih luas," ujarnya dipetik menerusi Facebook PPD Pekan pada Selasa.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp