Fadhlina (kiri) ketika mengadakan tinjauan ke SMKA Arau pada Selasa. Foto: Facebook KPM
Fadhlina (kiri) ketika mengadakan tinjauan ke SMKA Arau pada Selasa. Foto: Facebook KPM

Dua blok bangunan baharu diserahkan kepada SMKA Arau! 'Inilah hari bahagia kami'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
18 Dec 2024 02:27pm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rasminya menyerahkan dua blok bangunan baharu kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arau, Perlis pada Selasa.

Majlis ringkas yang disempurnakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dihadiri guru dan pelajar sekolah sekali gus memperlihatkan keceriaan pada wajah masing-masing apabila menerima blok bangunan itu.

Menurut KPM di Facebooknya, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan pada dua blok bangunan baharu itu.

"Antaranya asrama pelajar, dewan makan, bilik Tasmi’, surau, tandas, pejabat warden, rumah warden, bilik utiliti dan kemudahan lain.

No Image Caption

"Kejayaan projek yang bernilai RM19 juta ini adalah cerminan iltizam berterusan KPM untuk menyemarakkan syiar Islam menerusi peningkatan akses pendidikan dan pemerkasaan program seperti Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA),” ujarnya.

Sementara itu, KPM memaklumkan, program TMUA seperti di SMKA Arau turut ditawarkan kepada 11 buah SMKA lain dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dengan jumlah pelajarnya lebih 9,000 orang di seluruh negara.

No Image Caption



Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Program TMUA bermatlamat melahirkan golongan profesional, teknokrat dan usahawan hafiz al-Quran.

"Sepanjang sedekad program ini, lebih 7,000 hafiz al-Quran berjaya dilahirkan," ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp