Helini Irdina dinobat penerima Ikon Murid Digital kategori Digital Me sempena DUTA Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 pada Ahad.
Helini Irdina dinobat penerima Ikon Murid Digital kategori Digital Me sempena DUTA Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 pada Ahad.

Ikon Murid Digital milik Helini Irdina

Pelajar SMK Teluk Kumbar rangkul trofi, sijil pencapaian dan set ardunio

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
12 Dec 2024 02:37pm

Pelajar Tingkatan Satu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Kumbar, Pulau Pinang, Helini Irdina Mohd Helmi dinobatkan sebagai Ikon Murid Digital kategori Digital Me (Menengah) sempena Digital Utilisation And Technology Awards (DUTA) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 pada Ahad.

Dia membawa pulang trofi, sijil pencapaian dan set ardunio yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah, Sektor Pengintegrasian Teknologi Pendidikan, Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Moktar Wahid di Setia Spice Arena, Pulau Pinang.

Anak bongsu daripada empat beradik itu bersyukur atas pengiktirafan diberikan kepadanya dan berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kejayaannya dari dulu hingga kini.

"Saya berharap pencapaian ini dapat menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk memanfaatkan pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) sebagai medium pembelajaran yang inovatif dan menyeronokkan.

"Kejayaan ini bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk sekolah dan Pulau Pinang dalam melahirkan pelajar cemerlang, kreatif dan berdaya saing dalam era digital.

No Image Caption

"Doa saya agar lebih ramai pelajar berani melangkah ke hadapan untuk menguasai teknologi demi masa depan yang lebih gemilang,” kata anak kepada pasangan Mohd Helmi Othman dan Nurul Iliani Mustapha itu.

Sementara itu, guru pengiring, Cikgu Nurul Hafidzah Abu Bakar berkata, pelajar perlu bersungguh-sungguh mengembangkan potensi demi mencapai kejayaan masing-masing.

Artikel Berkaitan:

"Jangan dipendam bakat yang ada, tonjolkan kebolehan dan yakin pada diri sendiri bagi menjadi seorang yang bertanggungjawab, berinovasi dan berdaya saing dalam kehidupan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengetua SMK Telok Kumbar, Rohaya Yahya merakam ucapan tahniah dan syabas kepada Helini Irdina atas pencapaian pelajarnya itu.

Gambar kanan: Helini Irdina meraikan kejayaannya bersama Cikgu Nurul Hafidzah.
Gambar kanan: Helini Irdina meraikan kejayaannya bersama Cikgu Nurul Hafidzah.

"Walaupun baru Tingkatan Satu, namun dia telah membuktikan umur bukan ukuran untuk mencipta kecemerlangan.

"Kejayaan tersebut membuktikan bahawa jika kita ada usaha, ketekunan dan kegigihan, sudah pasti kejayaan akan menjadi milik sendiri.

"Semoga pencapaian Helini Irdina menjadi inspirasi untuk terus cemerlang dan menjadi teladan kepada rakan-rakan lain. Ingatlah, kejayaan hari ini adalah langkah pertama ke arah pencapaian yang lebih besar pada masa hadapan,” kata beliau.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp