Sesi perkongsian tip menjawab peperiksaan SPM oleh guru yang pakar.
Sesi perkongsian tip menjawab peperiksaan SPM oleh guru yang pakar.

Jejak Cemerlang calon SPM 2024

Komitmen Pernas terhadap pendidikan generasi Malaysia Madani

NURBAYA ABDUL REZAKNURBAYA ABDUL REZAK
28 Nov 2024 11:07am

Menggalas tanggungjawab dalam pembangunan usahawan tidak mematikan niat dalam mendidik anak bangsa untuk berjaya dalam pembelajaran.

Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) terus komited melaksanakan Program Jejak Cemerlang bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024.

Program Jejak Cemerlang calon SPM 2024 itu melibatkan 150 pelajar Tingkatan 5 yang berlangsung selama dua hari bermula 20 November lalu.

Ia dirasmikan secara simbolik melalui ucapan yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Pernas, Zaidi Bujang di Menara Pernas, Kuala Lumpur.

Menurut Zaidi, Pernas bukan sahaja fokus kepada pembangunan usahawan, malah pembangunan pendidikan dan kebajikan juga dititikberatkan.

Zaidi
Zaidi

"Program CSR (tanggungjawab sosial korporat) Jejak Cemerlang SPM merupakan satu inisiatif tradisi Pernas bersama SMK Seri Pantai sejak tahun 2015.

"Matlamat utama program ini adalah untuk membantu pelajar menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan SPM dengan bimbingan guru-guru pakar dari kawasan Lembah Klang.

Artikel Berkaitan:

"Antaranya adalah pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik,” katanya.

Lebih menarik, satu sesi perkongsian pengalaman bersama selebriti jemputan, Putra Amaris turut diadakan melalui sesi ‘Saya Pantang Mengalah (SPM)’.

No Image Caption

"Sesi ini bertujuan membina keyakinan diri dan kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam membentuk masa depan yang lebih cerah.

"Kita juga berharap Jejak Cemerlang SPM ini bukan sahaja terus memberi manfaat kepada para calon, malah menjadi contoh kepada agensi dan syarikat lain untuk melaksanakan usaha yang menyokong pembangunan pendidikan negara,” kongsinya.

Untuk rekod, hasil penganjuran serupa pada tahun lalu membuktikan kira-kira 86.5 peratus pelajar lulus setiap mata pelajaran manakala dua peratus calon SPM cemerlang dengan gred A.

Tambah Zaidi, selain Jejak Cemerlang SPM, Pernas turut melaksanakan pelbagai program CSR bersama para guru dan pelajar seperti program Back to School.

Antara pelajar yang juga calon SPM 2024 dalam Program Jejak Cemerlang SPM.
Antara pelajar yang juga calon SPM 2024 dalam Program Jejak Cemerlang SPM.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp