Lokasi nahas maut yang membabitkan motosikal Muhammad Faiz (gambar kecil) bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tambak Paya - Ayer Molek malam tadi.
Lokasi nahas maut yang membabitkan motosikal Muhammad Faiz (gambar kecil) bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tambak Paya - Ayer Molek malam tadi.

Calon SPM 2024 maut malam tadi! ‘Motosikal Muhammad Faiz bertembung kereta, dia cedera parah di kepala dan badan’ - Polis

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
26 Nov 2024 11:21am

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Molek, Melaka, Muhammad Faiz Amran meninggal dunia malam tadi apabila motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tambak Paya-Ayer Molek di sini.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9 malam itu, pelajar lelaki yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 maut di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC sedang dalam perjalanan dari arah Tambak Paya menuju ke arah Ayer Molek.

Ujar beliau, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain tetapi gagal sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Saga yang datang dari arah bertentangan.

"Impak pelanggaran tersebut, pelajar berkenaan mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi.

"Manakala pemandu kereta lelaki yang berusia 46 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan,” jelasnya.

Kata Christopher, mayat Muhammad Faiz telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp