Cikgu Jumat (tengah) bersama sebahagian ahli MITA yang memperoleh banyak ilmu dan kemahiran baharu menerusi penyertaan mereka dalam kelab itu.
Cikgu Jumat (tengah) bersama sebahagian ahli MITA yang memperoleh banyak ilmu dan kemahiran baharu menerusi penyertaan mereka dalam kelab itu.

Kelab MITA cungkil bakat pelajar dalam teknologi

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
02 Sep 2024 04:54pm
A
A
A

Penglibatan dalam kelab sekolah memberi peluang kepada pelajar mencungkil bakat yang tersembunyi sekali gus mengembangkan potensi diri mereka.

Ini dibuktikan menerusi penubuhan Kelab Madai International Talent Academy (MITA), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Madai, Kunak, Sabah di mana keseluruhan ahli kelab mahir dalam pelbagai skil antaranya menghasilkan filem pendek, pementasan, kemahiran teknologi, meningkatkan penguasaan bahasa asing dan banyak lagi.

Bakat dan kemahiran dimiliki secara tidak langsung membawa kepada peluang kerjaya lebih luas di masa hadapan.

Menurut Pengasas merangkap guru pembimbing MITA, Cikgu Jumat Mat Salleh, kelab itu turut memberi peluang kepada ahlinya menimba pelbagai kemahiran insaniah lain seperti kepimpinan, kerjasama, komunikasi efektif dan pengurusan masa.

No Image Caption

Malah, kesemua ahlinya melahirkan rasa seronok kerana dapat menyertai kelab lain daripada yang lain.

"Paling mengujakan, mereka memaklumkan yang MITA memberi peluang berinteraksi dengan rakan sebaya, guru, dan pakar daripada pelbagai bidang.

"Ini dapat membina jaringan sosial dan profesional yang berguna untuk perkembangan peribadi serta kerjaya kelak,” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari.

Mengulas lanjut, Cikgu Jumat yang merupakan Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Madai berkata, MITA kini telah melangkah ke hadapan dengan melancarkan platform digital iaitu Mita Podcast.

No Image Caption

Platform bertujuan menjadi medium utama Kelab MITA dalam berkongsi inspirasi, kejayaan dan pencapaian kepada masyarakat luas.

"Dengan adanya Mita Podcast, kelab ini dapat menyebarkan mesej positif dan pengalaman bermanfaat secara lebih meluas dan efisien melalui teknologi digital.

"Ia bukan sahaja berfungsi sebagai saluran berkongsi cerita kejayaan, tetapi juga memberikan motivasi dan panduan kepada pendengar terutamanya dalam bidang pendidikan dan pembangunan diri.

"Melalui pelbagai episod yang menampilkan tetamu jemputan pelbagai latar belakang, Mita Podcast memberikan pelbagai perspektif dan nasihat yang berguna untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pendengar,” jelasnya yang berterima kasih kepada Pengetua SMK Madai, Cikgu Abdul Hussin Madjakinal kerana sentiasa memberi sokongan dan idea sepanjang penubuhan MITA.

No Image Caption

INFO

Antara anugerah dan pencapaian Kelab MITA

1) Juara filem pendek Pak Long dan Peluang Kedua di Festival Apresiasi Seni Untuk Semua (FASUS) Peringkat Negeri Sabah 2023

2) Juara Monodrama Karnival Kebudayaan Asrama Peringkat Negeri Sabah 2023

3) Penyertaan Monodrama Karnival Kebudayaan Asrama Peringkat Kebangsaan 2023

4) Tempat ketiga Cabaran Keselamatan Cyber Nasional (CAKNA) 2024

5) Poster dan trailer terbaik serta anugerah khas juri dalam Festival Lakon Layar Kementerian Pendidikan Sekolah Menengah (FFLaSH) 28-30 May 2024

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok