Pencapaian cemerlang Pasukan Teeneagle SSP membanggakan warga sekolah, ibu bapa, komuniti dan seluruh rakyat Malaysia.
Pencapaian cemerlang Pasukan Teeneagle SSP membanggakan warga sekolah, ibu bapa, komuniti dan seluruh rakyat Malaysia.

Pasukan Teeneagle Sekolah Seri Puteri raih pelbagai kejayaan luar biasa di London. Kagum!

ROSHLAWATY MD RAIEH
24 Oct 2023 03:13pm
A
A
A

Pasukan Teeneagle Sekolah Seri Puteri (SSP) Cyberjaya melakar rekod istimewa apabila membawa pulang pelbagai pencapaian cemerlang dalam Pertandingan TeenEagle Global Finals London di Brunel University London baru-baru ini.

Antara kejayaan yang diraih mereka dalam pertandingan tersebut adalah tempat pertama keseluruhan TeenEagle 2, tempat kedua keseluruhan TeenEagle 3 dan beberapa pingat emas, perak serta gangsa.

Guru Pembimbing Pasukan TeenEagle, Cikgu Raja Nurunnadiah Raja Baharuddin melahirkan rasa syukur dengan kejayaan yang diraih oleh anak-anak didiknya itu.

Cikgu Raja Nurunnadiah
Cikgu Raja Nurunnadiah

“Bukan sesuatu yang mudah untuk bertanding di peringkat antarabangsa apatah lagi perlu bersaing dengan 19 buah negara lain. Pencapaian ini semestinya menggembirakan seluruh warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat,” katanya kepada Sinar Bestari.

Cikgu Raja Nurunnadiah juga turut memuji kemahiran menguasai Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar SSP yang menyertai pertandingan tersebut.

“Apabila mereka dapat bertutur, bercakap dan menulis dalam Bahasa Inggeris, ia secara tidak langsung dapat bersaing dan memberi pendapat dengan mudah kepada sesiapa yang berkenaan,” ujarnya.

Penyampaian hadiah kepada pemenang di Cambridge University.
Penyampaian hadiah kepada pemenang di Cambridge University.

Artikel Berkaitan:

Pertandingan TeenEagle Global Finals London anjuran TeenEagle dan Brooke House College, London disertai 300 pelajar dari beberapa buah negara di seluruh dunia.

Selain Malaysia, negara lain seperti Turkiye, Tajikistan, Kosovo, Brazil, Indonesia, Iraq, USA, Kazastan, Lithuania dan Cambodia turut menghantar penyertaan pelajar dalam pertandingan itu.

TeenEagle Global Finals mempertaruhkan empat kategori untuk peserta meraih kejuaraan iaitu kategori Persuasive Speaking, Knowledge Quiz, Spelling Bee dan Writing Challenge.

Delegasi ketika bertanding di Brunel University.
Delegasi ketika bertanding di Brunel University.

Dua guru iaitu Cikgu Raja Nurunnadiah dan Cikgu Dr Adzuhaidah M Taha turut mengiringi rombongan pelajar ke Londan sebagai guru pengiring.

Sementara itu, wakil Pasukan TeenEagle, Nurin Maisara Ahmad Fitri meluahkan perasaan gembira apabila kumpulannya mengharumkan nama negara dan sekolah di persada dunia.

“Terima kasih kepada semua cikgu yang membimbing saya dan rakan-rakan serta ibu bapa yang tidak pernah lelah memberi sokongan hingga ke garisan penamat.

Nurin Maisara
Nurin Maisara

“Dengan kejayaan ini, besar harapan saya agar SSP terus mencipta lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, rombongan SSP ke London turut mengisi masa mereka dengan menjejaki bandar dan juga dua buah universiti ivy league iaitu Oxford University dan Cambridge University sekali gus dapat mempelajari sejarah dan kepentingan universiti tersohor berkenaan.

No Image Caption



Di Brunel University.
Di Brunel University.



No Image Caption



Delegasi SSP ketika berada di Cambridge University.
Delegasi SSP ketika berada di Cambridge University.

INFO

Pencapaian Pasukan Teeneagle SSP pada Pertandingan TeenEagle Global Finals London

1) Tempat pertama keseluruhan TeenEagle 2

* Amani Sofia Safrisia

2) Tempat kedua keseluruhan TeenEagle 3

* Maryam Sofea Zulkiflee

3) Anugerah Emas TeenEagle 2

* Amani SofiaSafrisia

* Iman Hana Shairizal

4) Anugerah Emas TeenEagle 3

* Khayra Khalisa Suhazley

* Maryam Sofea Zulkiflee

* Nurin Maisara Ahmad Fitri

* Fatin Farisya Baderisham

* Alya Adryana Akmal Arifin

* Syarifah Najla Aleesya Syed Mohd Razaleigh

* Halimatus Sa'diah Hasnur Zaman

* Aleya Aqilah Salehuddin

5) Anugerah Perak TeenEagle 3

* Dayana Arissa Mohd Azali

* Iman Aisyah Sofiya Jeffery

* Nur Aina Zulaikha Zuhairy

* Nurfarah AdrianaRosydi

* Nur Zahra Batrisya Mohd Zuhaimi

6) Anugerah Gangsa TeenEagle 3

* Nia Fariheen Mohd Nazimi

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok