SUTAMA dinobatkan sebagai Sekolah Ikon 3K peringkat negeri bagi tahun 2024.
SUTAMA dinobatkan sebagai Sekolah Ikon 3K peringkat negeri bagi tahun 2024.

SUTAMA raih gelaran Sekolah Ikon 3K

Hasil strategi membudayakan sekolah kondusif, menyeronokkan, kreatif dan ceria

NURBAYA ABDUL REZAKNURBAYA ABDUL REZAK
18 Dec 2024 05:49pm

Strategi pembudayaan sekolah yang kondusif, menyeronokkan, kreatif dan ceria meletakkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama (SUTAMA) Selangor di pentas kebangsaan.

Pengetua Cemerlang, Noor Hayati Embong berkata, pengiktirafan sebagai Sekolah Ikon 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah itu, diraih menerusi rahsia keberhasilan acuan yang tersendiri.

Noor Hayati
Noor Hayati

"Rahsia keberhasilan bagi setiap kejayaan sekolah adalah hasil komitmen tinggi dalam kalangan warga sekolah.

"Berpegang kepada amalan budaya kerja berpasukan menjadi tonggak utama kejayaan bagi setiap program dilaksanakan.

No Image Caption

"Hasil jalinan dan jaringan bersama komuniti luar seperti PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru), ibu bapa, komuniti, sektor swasta serta pihak korporat membantu dalam merealisasikan Konsep Sekolah Sejahtera yang menyasarkan kemenjadian murid dalam setiap tindak kerja," katanya.

Anugerah Sekolah Ikon 3K diterima SUTAMA menerusi Majlis Karnival Apresiasi 3K Peringkat Kebangsaan 2024 di Kolej Management Development Institute of Singapore, Johor pada November lalu.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

SUTAMA juga pernah menerima pengiktirafan sebagai Sekolah Ikon 3K peringkat daerah pada tahun 2023 dan Sekolah Ikon 3K peringkat negeri (2024).

Menariknya, SUTAMA juga diberi kepercayaan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sebagai teraju dalam melaksanakan Majlis Peluncuran Kempen Amalan Pemakanan Sihat peringkat negeri tahun ini.

"Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dan ia memberi peluang bagi tetamu dari pelbagai daerah melihat sendiri suasana sekolah,” kongsi beliau.

No Image Caption

Menurut Noor Hayati, Koperasi SMK Saujana Utama Sungai Buloh Berhad turut memainkan peranan dalam membantu untuk menggerakkan program-program 3K.

"Kita berbangga kerana hasil perolehan koperasi melebihi RM1 juta selain banyak menyumbang untuk menaik taraf keceriaan sekolah,” katanya.

Bercakap mengenai inovasi, Noor Hayati berkata, Inovasi Pencemaran Bau dan Air dalam Kolam Ikan di Laman STEM berjaya merangkul Anugerah Gold Medal dalam pertandingan Unaric UKM 2024 peringkat antarabangsa.

No Image Caption

"Selain itu, SUTAMA turut mempamerkan keupayaan dalam bidang inovasi kesihatan menerusi produk My MED-kit Penyembuhan Luka Menggunakan Herba Pokok Kapal Terbang dan meraih Gold Award dalam pertandingan International Competition IINIIC," ujarnya.

No Image Caption



No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp