No Image Caption

The Palestinian Diaries: A Day of Culture, Stories and Solidarity didik rasa syukur dalam diri pelajar

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
08 Oct 2024 05:22pm

Seramai 48 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 9 (2) menghadiri program The Palestinian Diaries: A Day of Culture, Stories and Solidarity anjuran Sinar Daily Sinar Harian bagi menimba pengetahuan dan maklumat lebih mendalam tentang kejadian yang menimpa rakyat di negara itu.

Nur Alya Qistina
Nur Alya Qistina

Pelajar Tingkatan Tiga, Nur Alya Qistina Izuraimirizal berkata, program yang berlangsung selama satu hari itu membuka mata dan mengajar dirinya untuk lebih bersyukur dengan nikmat yang diperoleh hari ini.

“Kita ini sedang nyenyak tidur, mereka di sana (Palestin) tidur tidak lena kerana belum tentu akan dapat menikmati kehidupan pada keesokan hari.

No Image Caption

“Mereka juga sanggup bermati-matian demi negara dan ini menjadikan saya sedih apabila melihat kisah perjuangan mereka bertahan walaupun sudah setahun berlalu serangan genosid di negara mereka,” katanya.

Isyraf Darwisy
Isyraf Darwisy

Selain itu, pelajar Tingkatan Satu, Isyraf Darwisy Muhammad Ansar turut memberitahu, dia dapat menimba pengetahuan baru melibatkan situasi sebenar yang berlaku di bumi Palestin.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pendedahan ini membuktikan bahawa serangan yang menimpa ke atas penduduk yang malang berkenaan adalah satu kekejaman dan perlu dihentikan atas dasar kemanusian.

“Saya bertuah kerana dapat menghadiri program ini selain mendengar sendiri perkongsian daripada Duta Palestin (Walid Abu Ali) tentang perkara yang berlaku di sana.

“Mungkin bagi usia saya ini untuk membantu dari sudut kewangan masih tidak mampu, namun saya yakin dan percaya doa adalah senjata penting untuk umat Islam,” ujarnya.

Siti Saidatul Amirah
Siti Saidatul Amirah

Dalam pada itu, seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Shah Alam, Siti Saidatul Amirah Mohamad Rozi tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya ketika menonton video yang memaparkan situasi sebenar melanda di Palestin.

Katanya, menerusi perkongsian video itu membuktikan keadaan sebenar adalah jauh lebih teruk jika dibandingkan dengan apa yang dipaparkan di media-media sosial.

No Image Caption

“Melalui program ini, kita dapat lihat sebenarnya banyak pengorbanan dan kesengsaraan yang melanda rakyat Palestin.

“Ia mengajar saya untuk lebih bersyukur dengan apa yang kita ada kerana rakyat di sana hendak mendapatkan bekalan asas seperti makanan pun susah,” katanya lagi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp