No Image Caption

Drone Soccer Pertandingan Masa Depan

22 Jul 2024 10:09am

Bola sepak dron atau drone soccer adalah gabungan teknologi pesawat udara kawalan jauh tanpa juruterbang dengan sukan bola sepak.

Sukan berteknologi baharu itu kini telah berjaya menarik minat para pelajar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Bentuk dron yang direka khas menjadi seakan-akan sebiji bola itu, antara keunikan permainan yang kini semakin dikenali seluruh Malaysia.

Sebagai usaha untuk bersama-sama dengan negara maju lain yang aktif dalam drone soccer, Malaysia juga sedang giat mencari pelapis pemain bagi mengangkat nama negara ke pertandingan peringkat dunia.

Edisi kali ini, Sinar Bestari perkenalkan kehebatan drone soccer untuk dijadikan maklumat tambahan kepada pembaca seterusnya mendedahkan sukan teknologi baharu ini kepada pelajar bermula dari peringkat rendah.

Jom kita!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp