
Frisbee: Gabungan kelajuan, taktik & kesukanan
Sukan frisbee atau lebih tepatnya Ultimate Frisbee merupakan permainan cakera di padang terbuka.
Cakera berbentuk bulat seperti piring leper itu secara fizikalnya mempunyai lekuk yang diperbuat daripada plastik serta seberat 175 gram.
Permainan yang nampak santai itu menggabungkan tiga jenis sukan iaitu bola jaring, bola sepak dan ragbi, namun dimainkan tanpa sentuhan fizikal yang kasar.
Cakera perlu dilemparkan kepada rakan sepasukan untuk menangkapnya dalam zon gol pihak lawan seperti bermain ragbi, manakala setiap ahli yang memegang cakera tidak boleh berlari atau berjalan seperti bola jaring.
Bagaimanapun, sekiranya cakera tersebut terjatuh ke tanah atau dipintas, maka pihak lawan boleh mengambil alih permainan.
Tahukah adik-adik, sukan frisbee ini cukup terkenal dalam kalangan pelajar universiti yang mana sudah ada pasukan yang mewakili negara.
Sinar Bestari berjaya mendapatkan pelajar universiti yang pernah mewakili Malaysia dalam permainan tersebut.
Mari kita ketahui lagi!