
Hero air kembali lagi!
Air Selangor bersama watak animasi kesayangan ramai, BoBoiBoy sekali lagi tampil dengan misi besar iaitu mendidik generasi muda menjadi wira air negara.
Lebih menyeronokkan lagi, Sinar Bestari sama-sama turun padang bergabung tenaga untuk menjelajah ke 15 buah sekolah terpilih sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi menggerakkan kempen kesedaran ini.
Melalui program ini, pelajar bukan sahaja didedahkan akan kepentingan pemuliharaan air, malah berpeluang menyertai Peraduan Misi Jimat Air bersama BoBoiBoy.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyelami misi penuh inspirasi dalam sisipan Sinar Bestari minggu ini!
Ringkasan AI
- Air Selangor bersatu dengan BoBoiBoy untuk mendidik generasi muda menjadi wira air
- Turun padang ke 15 buah sekolah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya
- Kempen kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan air
- Pelajar didedahkan kepada kepentingan memulihara air dan berpeluang menyertai Peraduan Misi Jimat Air bersama BoBoiBoy
- Sisipan Sinar Bestari minggu ini membawa misi penuh inspirasi
