No Image Caption

Institut Pendidikan Guru pemangkin tranformasi pendidikan

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMNADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
15 May 2023 10:48am

Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan (KPM) yang memiliki 27 kampus dan satu English Language Teaching Centre (ELTC) adalah institusi yang melatih bakal guru-guru sekolah rendah serta menengah.

Para guru menjadi antara ‘aset’ penting merealisasikan kemenjadian murid-murid dan pelajar-pelajar dalam membentuk generasi masa depan.

Bahkan, guru-guru perlu memiliki perwatakan berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik malah bersedia menjunjung aspirasi serta menyanjung warisan kebudayaan negara.

Selain itu, para guru juga mampu menjamin perkembangan individu dan negara.

Sempena sambutan Hari Guru, Sinar Bestari mendekati institusi yang bertanggungjawab melahirkan guru-guru kompeten untuk diserapkan ke sekolah-sekolah seluruh negara.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp