No Image Caption

Menanti juara baharu!

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
17 Nov 2025 10:24am

Selepas merentasi beberapa sekolah sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Jelajah TV PSS Sinar Bestari Bersama Air Selangor X BoBoiBoy kini menghampiri detik kemuncak.

Setiap perjuangan murid dari idea kreatif hingga mesej penuh makna tentang pemuliharaan air menjadi bukti generasi kini semakin berani bersuara untuk alam.

Dalam kehangatan menanti siapakah bakal juara tahun ini, sekolah-sekolah lain yang masih belum menghantar video penyertaan turut diberi peluang untuk menyerlah.

Masih belum terlambat untuk sama-sama mencipta impak dan menjadi sebahagian daripada usaha bagi mendidik masyarakat tentang pentingnya air bersih.

Siapakah akan muncul sebagai Wira Air baharu tahun ini?

Mari bersama Sinar Bestari untuk mengetahui lebih lanjut tentang Peraduan Misi Jimat Air Bersama BoBoiBoy!

Jom kita!

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Selepas merentasi beberapa sekolah sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Jelajah TV PSS Sinar Bestari Bersama Air Selangor X BoBoiBoy kini menghampiri detik kemuncak
  • Setiap perjuangan murid dari idea kreatif hingga mesej penuh makna tentang pemuliharaan air menjadi bukti generasi kini semakin berani bersuara untuk alam
  • Dalam kehangatan menanti siapakah bakal juara tahun ini, sekolah-sekolah lain yang masih belum menghantar video penyertaan turut diberi peluang untuk menyerlah
  • Masih belum terlambat untuk sama-sama mencipta impak dan menjadi sebahagian daripada usaha bagi mendidik masyarakat tentang pentingnya air bersih
  • Siapakah akan muncul sebagai Wira Air baharu tahun ini
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp