Misi Azman Adnan bersama KPM
Tanggal 10 dan 11 Mac 2024 merupakan titik mula bagi sesi persekolahan 2024/2025 di seluruh negara.
Pastinya kita dapat menyaksikan pelbagai gelagat dan telatah anak-anak murid yang mencuit hati sepanjang tempoh minggu pertama persekolahan.
Tidak hanya itu, semua pihak juga bertungkus-lumus memastikan sesi persekolahan ini berjalan lancar dengan mewujudkan beberapa inisiatif demi mencapai kualiti sistem pendidikan negara yang terbaik kelak.
Untuk itu, bagi mengetahui segala usaha dan perancangan terutama melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Sinar Bestari sempat menemu bual Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Azman Adnan tentang perkembangan terkini dunia pendidikan negara.
Jom kita lihat!