Palapes pemangkin lahirnya wira negara
Pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) universiti awam adalah aset penting negara yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi berilmu dari segi dunia ketenteraan dan pertahanan.
Mengikuti latihan sama seperti kadet tentera Malaysia, menjadikan mahasiswa Palapes mempunyai ketahanan diri dari segi mental dan fizikal.
Bahkan, mereka yang tamat latihan juga ditauliahkan sebagai pegawai tentera berpangkat leftenan muda dan berpeluang diserap ke dalam Rejimen Askar Wataniah.
Sisipan kali ini mungkin menarik minat adik-adik yang masih bersekolah, berminat untuk mengikuti latihan ketenteraan kerana bukan sahaja berpeluang mendalami ilmu bidang itu tetapi juga melatih sifat kepimpinan dalam diri.
Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia ke-61, jom ikuti kisah Palapes Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).