No Image Caption

Pengucapan Awam Lahir Generasi Berkaliber

02 Sep 2024 09:35am
A
A
A

Cabaran dunia pendidikan hari ini mendorong murid-murid untuk mempersiapkan diri dengan pelbagai aspek yang bukan sahaja memberi penekanan terhadap kecemerlangan akademik tetapi juga kemahiran insaniah iaitu mahir dalam komunikasi.

Ini termasuklah kemahiran dan kepetahan melontarkan kata-kata sehingga membuatkan mereka berasa yakin dengan pendapat serta idea sewaktu di pentas debat.

Walaupun masih berada pada peringkat sekolah rendah tetapi itu bukan menjadi penghalang buat mereka untuk bersaing hebat, apatah lagi ia menjadi nilai tambah khususnya dalam penilaian Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) masing-masing.

Untuk edisi kali ini, Sinar Bestari bawakan perkongsian Debat Cilik Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor 2024 sebagai bukti bahawa negara kita mampu melahirkan lebih ramai golongan muda yang mahir berkomunikasi.

Mari kita teroka!

​​FOTO: MOHD RAFIQ REDZUAN MOHAMAD HAMZAH

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok