No Image Caption

Pra-U sama taraf universiti!

29 Jul 2024 02:56pm

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kini bukan lagi dilabel sebagai institusi pendidikan bertaraf sekolah menengah biasa tetapi sudah dijenamakan sebagai prauniversiti (Pra-U).

Jika dahulu ramai yang menganggap ia sebagai pilihan kedua sekiranya pelajar lepasan SPM tidak mendapat asasi atau diploma, kini STPM sudah menjadi satu cabang yang mampu menarik minat lebih ramai pelajar.

Dengan adanya Kolej Tingkatan Enam, STPM kini sudah seiring dan setaraf dengan universiti dengan penyediaan fasiliti serta kemudahan buat semua pelajar.

Menarik minggu ini, Sinar Bestari kongsikan mengenai STPM serta kisah pelajar cemerlang untuk tatapan pembaca.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp