No Image Caption

Rahsia cemerlang pelajar perakaunan

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
23 Dec 2024 10:07am

Setiap pelajar pastinya ingin berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Tahap kejayaan akan berada di kemuncak buat seseorang pelajar apabila digelar 'genius' dek pintar memahami, belajar dan menyelesaikan masalah dengan cekap serta cepat.

Kepintaran juga boleh dilihat dalam kemahiran tertentu seperti kecerdasan berkomunikasi, seni mahupun dalam bidang teknologi.

Namun, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan genius? Adakah ia semata-mata merujuk kepada kecerdasan akademik atau kreativiti yang mengagumkan?

Kali ini, Sinar Bestari menampilkan dua pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor yang mengharumkan nama Malaysia menerusi kepintaran mereka.

Danish Zafran Bazam dan Amin Zulharis Basarudin masing-masing berada dalam kelompok lima terbaik dunia apabila cemerlang dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp