10 tip belajar Prinsip Perakaunan lebih seronok!
1) Nota ringkas
Pelajar boleh melakukan atau menyiapkan nota ringkas yang mudah difahami dan kemas supaya boleh mengingati setiap topik.
2) Aktiviti digital
Gunakan permainan dalam talian yang ada di laman sesawang secara berkala.
3) Aktiviti berkumpulan
Libatkan semua pelajar dalam satu kelas mengenai topik berkaitan.
4) Penglibatan pelajar
Guru perlu melibatkan pelajar sebelum, semasa dan selepas kelas supaya mereka lebih tertarik serta rasa ternanti-nanti untuk sertai kelas seterusnya.
5) Praktik soalan latih tubi
Cari soalan-soalan tahun lepas atau contoh soalan dan cuba selesaikan.
6) Aplikasi perakaunan
Gunakan aplikasi seperti QuickBooks atau Wave untuk memahami bagaimana perakaunan digunakan dalam perniagaan sebenar.
7) Pendekatan dunia sebenar
Gunakan contoh dan kaitkan supaya pelajar dapat membayangkan perkara yang diterangkan dengan lebih jelas.
8) Belajar melalui kajian kes
Gunakan senario dunia sebenar seperti perniagaan kecil untuk memahami bagaimana perakaunan diaplikasikan.
9) Gunakan media sosial
Ikuti akaun yang berkongsi tip perakaunan secara ringkas dan menyeronokkan.
10) Faham konsep asas dengan analogi
Samakan persamaan perakaunan dengan sesuatu yang mudah difahami seperti ‘akaun bank’ untuk membantu memahami prinsip debit dan kredit.