No Image Caption

Sekolah berbeza, impian sama!

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
12 Jan 2026 12:00am

Keputusan kemasukan ke sekolah khusus sering menjadi detik yang mendebarkan buat ibu bapa dan anak-anak.

Ada yang tersenyum gembira, tidak kurang juga yang terdiam menahan rasa kecewa apabila impian ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan sekolah khusus tidak kesampaian.

Namun, di sebalik keputusan itu, satu perkara kekal tidak berubah iaitu impian anak-anak untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya.

Sama ada di sekolah berprestij atau sekolah harian biasa, hasrat mereka untuk menggapai kecemerlangan akademik, membina sahsiah diri dan menyinar dalam bidang kokurikulum.

Pendidikan bukan tentang di mana seseorang itu bermula, tetapi bagaimana mereka melangkah. Justeru, sudah tiba masanya kita menilai semula makna kejayaan dalam pendidikan.

Bersama Sinar Bestari minggu ini untuk menyelami realiti bahawa sekolah mungkin berbeza tetapi impian anak-anak tetap sama.

Jom, kita!

Ringkasan AI

  • Keputusan kemasukan ke sekolah khusus sering menjadi detik yang mendebarkan buat ibu bapa dan anak-anak
  • Ada yang tersenyum gembira, tidak kurang juga yang terdiam menahan rasa kecewa
  • Namun, di sebalik keputusan itu, satu perkara kekal tidak berubah iaitu impian anak-anak untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya
  • Sama ada di sekolah berprestij atau sekolah harian biasa, hasrat mereka untuk menggapai kecemerlangan akademik, membina sahsiah diri dan menyinar dalam bidang kokurikulum
  • Pendidikan bukan tentang di mana seseorang itu bermula, tetapi bagaimana mereka melangkah
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp