No Image Caption

Sekolah Seni Malaysia: Laluan untuk karier kreatif yang berjaya

30 Oct 2023 10:22am
A
A
A

Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ditubuhkan bagi menempatkan pelajar-pelajar yang berbakat dan berkemahiran dalam bidang kesenian seterusnya membentuk kerjaya dalam dunia seni.

Sekolah ini merupakan sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi serta bakat diri generasi pelajar untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

Dari sini, para pelajar akan didedahkan dengan lebih mendalam tentang ilmu kesenian yang melibatkan pelbagai bidang pengajian seperti Seni Visual, Seni Tarian, Seni Muzik, Seni Teater, Seni Halus, Lakonan dan sebagainya.

Mereka juga merupakan karyawan yang berpotensi selain turut dijadikan pelapis baru dalam industri seni tanah air.

Mari bersama-sama mengeksplorasi kewujudan SSeM dan ketahui sendiri bahawa seni bukan sekadar pelajaran tetapi ia adalah sebuah perjalanan dalam mengangkat kebudayaan dan kreativiti pelajar.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok