No Image Caption

Tahniah! Semua calon SPM 2022

12 Jun 2023 05:08pm

Mulai 1 April 2022, Malaysia telah memasuki fasa peralihan daripada pandemik ke endemik Covid-19.

Dengan perubahan tersebut, pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam khususnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 telah kembali kepada prosedur operasi standard (SOP) sedia ada yang telah diguna pakai sebelum pandemik.

Pelaksanaan sesi akademik 2022/2023 dalam fasa endemik ini telah memberikan ruang kepada calon untuk meningkatkan kesediaan bagi menghadapi peperiksaan dengan lebih baik.

Hasilnya, keputusan peperiksaan SPM 2022 telah merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.74 berbanding 4.86 pada tahun sebelumnya.

Seramai 10,109 calon daripada 403,637 calon peperiksaan SPM 2022 yang berdaftar telah memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Tahniah!

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp