Tawan puncak Gunung Kinabalu
Aktiviti mendaki gunung bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan tetapi juga boleh mendatangkan pelbagai kebaikan lain antaranya menikmati udara segar dan berkenalan dengan rakan baharu.
Ia dilihat semakin mendapat tempat di hati masyarakat apatah lagi kini ramai orang memilih untuk menjalani aktiviti itu sebagai salah satu cara untuk rehat minda (healing).
Malah, Malaysia juga sebuah negara yang mempunyai pelbagai gunung atau bukit yang boleh diterokai.
Untuk itu, kali ini Sinar Bestari cuba bawakan topik mendaki gunung dan pencapaian hebat pelajar sekolah dalam mendaki gunung ke-29 tertinggi di Asia Tenggara.
Jom kita!