YES! Night At The Library: Cipta kenangan, membina ilmu
Program luar sekolah menjanjikan 1,001 kebaikan kepada murid-murid kerana ia peluang mereka berinteraksi dengan rakan sebaya sekali gus memperbaiki kemahiran komunikasi dan kerjasama.
Misalnya, lawatan sambil belajar, perkhemahan, pertandingan akademik, sukarelawan, sukan dan rekreasi antara program luar sekolah yang menyeronokkan.
Terbaharu, program bermalam di perpustakaan menjadi pilihan ramai kerana menggabungkan pembelajaran dengan pengalaman unik.
Ia mendidik murid untuk bijak mengurus masa, menjaga kebersihan dan menghormati peraturan perpustakaan sepanjang program.
YES! Night At The Library anjuran Sinar Bestari, Sinar Harian dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dengan kerjasama Pustaka Raja Tun Uda, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Shah Alam yang baharu sahaja melabuhkan tirai, dianggap berjaya.