Muhammad Azeem selamat berangkat ke Universiti Auburun.
Muhammad Azeem selamat berangkat ke Universiti Auburun.

Jaguh pecut negara selamat berangkat ke Universiti Auburun Amerika Syarikat

AZLEENDA SAHALUDIN
03 Feb 2023 11:43am
A
A
A

Jaguh pecut negara berusia 19 tahun berjaya mengorak langkah kejayaan menyambung pengajian ke luar negara dan mengembangkan kerjaya sebagai atlet di Universiti Auburun Amerika Syarikat (AS).

Muhammad Azeem Fahmi merupakan pemegang rekod lari pecut 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan masa 10.09 saat (s) selamat menjejakkan kaki ke negara Uncle Sam itu awal pagi Ahad lalu dalam tempoh empat tahun sehingga Disember 2026.

Bekas murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, Perak itu memberitahu, walaupun aktif dalam olahraga tetapi pendidikan juga aadalah aset penting dalam membina kerjaya.

Menurut Muhammad Azeem, pemilihan universiti berkenaan adalah kerana institusi pengajian tinggi (IPT) itu terletak di Alamaba sebuah bandar yang tidak terlalu sibuk dan padat.

"Alhamdulillah dan syukur kerana warga universiti sangat prihatin terhadap saya malah mengalu-alukan kedatangan saya.

"Pihak universiti juga peka mengenai makanan halal dan menyediakan pakar nutrisi yang akan menjaga pemakanan saya serta atlet lain," katanya.

Selain itu, dia menjelaskan, pihak universiti turut menyediakan tutor peribadi dan tuisyen kepada semua pelajar sukan agar dapat mengimbangi pembelajaran serta latihan.

Anak kelahiran Perak itu turut memohon doa kejayaannya dalam usaha mengukir nama negara di pentas antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Azeem memasang impian melayakkan diri ke Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, Hungary pada bulan Ogos nanti dan layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Dalam pada itu, Kerajaan Perak mengumumkan insentif dana Pendidikan Negeri bernilai RM600,000 kepada Muhammad Azeem sebagai galakan kepada anak muda untuk bersama-sama membina kejayaan dalam bidang pendidikan dan sukan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok