No Image Caption

'Sudah boleh berenang sejauh 50 meter' - Pelajar UPNM bangga mampu bimbing OKU

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
03 Feb 2025 11:00am

Tidak disangka-sangka teknik asas renang yang diajar pelajar Diploma Kecergasan Pertahanan (DKP) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berjaya membantu peserta orang kurang upaya (OKU) penglihatan mampu berenang sejauh 50 meter.

Bagi individu yang tidak pernah berenang, pencapaian tersebut sebenarnya adalah sesuatu yang dibanggakan. Meskipun golongan itu tidak mampu melihat seperti insan yang normal, namun semangat mereka untuk mahir berenang perlu dihargai dan dipuji.

MUHAMMAD HANIF
MUHAMMAD HANIF

Pengarah program, Muhammad Hanif Che Hamid berkata, empat sesi yang disediakan dalam program Splash of Confidence Beyond Sight itu peserta didedahkan dengan teknik asas renangan.

“Saya terkejut dan rasa sunggah bangga apabila ada peserta yang sudah boleh berenang sejauh 50 meter. “Sebenarnya, itu pencapaian yang terbaik buat mereka yang tidak pernah tahu berenang dan takut dengan air.

“Ini terutama bagi golongan yang tidak boleh melihat ini,” katanya secara eksklusif kepada Sinar Bestari.

No Image Caption

Sehubungan itu, Muhammad Hanif berharap agar peserta tidak berhenti daripada terus belajar berenang dan mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri apabila melibatkan air.

Artikel Berkaitan:

“Kita tahu agak sukar untuk mereka kekal tenang dalam air tetapi apa yang kami ajar dalam program ini mungkin sedikit sebanyak ia membantu,” katanya.

Pernafasan Perenang perlu belajar cara bernafas di luar permukaan air dan menghembuskannya perlahan-lahan di dalam air menggunakan hidung.

REAKSI

MUHAMMAD ADHAM
MUHAMMAD ADHAM

"Alhamdulillah, saya seronok diberi peluang belajar berenang dan teknik asas keselamatan dalam air. Pada awalnya, memang takut dengan air tapi lama kelamaan saya sudah yakin.” - Peserta MAB, OKU penglihatan kategori B1, Muhammad Adham Najwan Mohd Azlee

Muhammad Adib (kanan) bersama pelajarnya.
Muhammad Adib (kanan) bersama pelajarnya.

Saya mengajar peserta ini dari hari pertama. Sememangnya dia memang tidak pandai berenang dan takut dengan air tetapi Alhamdulillah sudah nampak perubahan dari segi apungkan diri, ambil dan hembus nafas. Banyak cabaran juga untuk semua fasilitator hadapi apabila ia melibatkan peserta masalah penglihatan kerana tidak boleh mengajar secara normal. Jadi, kami akan ajar peserta dengan tangan dan sentuhan. Harapnya apa yang peserta pelajari dapat membantu diri mereka sekiranya berlaku kecemasan melibatkan air kelak.” - Fasilitator, Muhammad Adib Addehaizam

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp