Anak-anak rumah yatim pelajari teknik asas renang.
Anak-anak rumah yatim pelajari teknik asas renang.

40 kanak-kanak pelajari asas renang

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
21 Jan 2025 07:00am

Seramai 40 kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Methodist dan Rumah Anak Yatim Hamidah mempelajari langkah-langkah keselamatan air, teknik pernafasan, membina keyakinan dalam air, memilih pakaian renang yang sesuai dan teknik asas terapung.

Program Latihan Asas Renang 2024 itu, bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan air, mengurangkan risiko lemas dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam komuniti tempatan.

Ia dijalankan di Naim Clubhouse, dimulakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Miri dan Persatuan Renang Amatur Miri serta Kelab Renang Sailfish.

Selain itu, aktiviti tersebut menyasarkan kumpulan berpendapatan rendah B40, kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang ingin belajar berenang bagi melengkapkan kemahiran asas berkenaan.

Penganjur juga menyediakan pakaian renang, seluar renang, topi renang, tuala dan cermin mata kepada peserta untuk memastikan mereka mempunyai peralatan diperlukan untuk latihan.

Setelah menamatkan latihan asas, Kelab Renang Sailfish terus menawarkan pelajaran renang lanjutan percuma kepada peserta sehingga mereka memperolehi kemahiran berenang yang mahir.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp