halacious-QM9yzAoX-GQ-unsplash (1)
halacious-QM9yzAoX-GQ-unsplash (1)

Tip memilih USB yang terbaik supaya kerja yang lebih efisien

Mohd Khairi Mohamad Yusri
02 Sep 2021 09:28am
A
A
A

Mempunyai pemacu kilat USB (USB flash drive) (ataupun lebih dikenali sebagai ‘pendrive’ di kalangan rakyat Malaysia) merupakan satu peranti yang boleh dikatakan agak penting.

Peranti ini memang memudahkan kerja kerana kini tidak perlu lagi membawa komputer riba ke mana-mana sahaja untuk mengakses fail. Hanya perlu cucuk ke komputer dan fail tersebut boleh digunakan, kerja di pejabat kini boleh dibuka di rumah.

Namun, sebenarnya pemacu kilat USB ini ada beberapa jenis iaitu generasi USB 1.0, 2.0, dan 3.0, dan semuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Baca juga: Ajar anak membaca sejak dari kecil, ibu bapa mesti ambil tahu 8 tip ini

Baca juga: Panik semasa temu duga dalam talian? Dr Zulkifli kongsi tip penting yang boleh dipraktikkan

Jadi hari ini GPSBestari akan menyenaraikan beberapa perbezaan semua generasi tersebut, bagi membantu anda menentukan yang mana sesuai untuk kerja anda.

Rupa

Secara amnya kita dapat mengetahui perbezaan antara USB 1.0, 2.0, dan 3.0 dengan hanya melihat warnanya sahaja. USB 1.0 mempunyai warna plastik putih, sementara USB 2.0 berwarna hitam dan USB 3.0 berwarna biru.

Kadang-kadang mungkin juga ada yang melihat plastik berwarna merah, tetapi ini digunakan untuk menunjukkan bahawa USB akan tetap aktif setiap masa sama ada dalam mod bersedia atau tidur.

Kadar Pemindahan Data

USB 1.0 hanya mempunyai kelajuan pemindahan data 12 Mb sesaat, tetapi teknologi ini dinaiktaraf dan dipercepat hingga 480 Mb sesaat dengan USB 2.0. Manakala USB versi 3.0 dan 3.1 pula mempunyai kelajuan sehingga 5 Gb sesaat dan 10 Gb sesaat.

Manakala bagi proses pemindahan data, model USB 2.0 dan model terdahulu hanya mampu memproses data dalam satu arah sekali gus, tetapi model 3.0 dan 3.0 memungkinkan pemindahan data ke kedua-dua arah.

Ini bermaksud bahawa data dapat dikirim dan diterima secara serentak, makala bagi versi lama data hanya dapat dikirim atau diterima pada satu masa sahaja.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Tahap kuasa

USB 2.0 dan 3.0 kedua-duanya beroperasi pada 5V, 1.8A, tetapi USB 3.1 menaikkannya menjadi 20V, 5A, yang membolehkan pengguna mengaktifkan peranti yang lebih besar.

Jenis wayar dan panjang kabel

Panjang kabel peranti USB 2.0 hanyalah sehingga 41.91 cm, tetapi panjang untuk USB 3.0 hanya dapat mencapai had maksimum yang lebih rendah iaitu 23 cm". Sekiranya anda perlu memanjangkan panjang kabel tersebut, anda perlu menggunakan hab atau sambungan lain.

Wayar yang digunakan juga berbeza, USB generasi 2.0 hanya mempunyai 4 wayar tembaga, sementara versi 3.0 mengandungi 9 wayar tembaga.

Menyambungkan USB 3.0 dan 3.1 ke Slot USB 2.0

Anda boleh menyambungkan peranti USB 3.0 dan 3.1 ke slot 2.0, tetapi perlu diingat bahawa kelajuannya tetap hanya akan mencapai kelajuan USB 2.0, iaitu 480 Mb/s berbanding 5 Gb/s dan 10 Gb/s yang jauh lebih pantas.

Namun begitu, anda boleh menggunakan mana-mana versi USB tersebut untuk memindahkan data, tetapi jika anda mahukan kadar pemindahan data yang lebih cepat dan keupayaan untuk menghantar dan menerima data pada masa yang sama, GPSBestari menyarankan supaya USB 3.0 digunakan.

Sumber: everyusb.com

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan