Pertunjukan boneka, 2 pelajar diiktiraf Festival Seni Rusia hingga rangkul Diploma Cemerlang. Hebat betul!

Iklan
WhatsApp Image 2021-10-01 at 2.46.32 PM

Dua pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah, mengharumkan nama negara apabila dianugerahkan Diploma Cemerlang oleh Persatuan Budaya Northern Rainbow, Moscow, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

‘Soyang’ yang dipertandingkan bagi kategori Teater Boneka telah menarik perhatian juri kerana keunikan dan keistimewaannya.

Iklan

Bukan itu sahaja, malah, ‘Soyang’ yang boleh ditonton menerusi pautan  https://youtu.be/h_XiJeE0B-k turut mendapat undian ketiga tertinggi daripada orang awam yang mengundi melalui laman web festival tersebut.

Iklan

Pertunjukan boneka ‘Soyang’ mengisahkan hikayat gergasi bernama ‘Soyang’ yang sering membuli haiwan di hutan hujan yang terletak di Kepulauan Borneo.

Suatu hari, Soyang secara tidak sengaja telah mengganggu ketenteraman semangat penjaga hutan tersebut yang telah menjelma sebagai harimau.

Baca juga Sukar lupakan momen indah, barisan guru kongsi cerita berbeza dalam platform sama

Baca juga UPSI teroka potensi guru hologram

Kerana sering membuli haiwan, penjaga hutan telah menyumpah ‘Soyang’ menjadi haiwan mamalia pada waktu siang dan kembali kepada bentuk asalnya pada waktu malam.

Sejak itu, ‘Soyang’ telah mengambil iktibar daripada tabiat buruknya dan terpaksa menjalani kehidupannya sebagai haiwan apabila matahari terbit setiap hari.

"Mereka berani mencuba dalam kategori yang kurang diterokai di negara kita iaitu pertunjukan boneka.

"Kejayaan Aldiedianie dan Erlyn Sherlyn boleh dijadikan contoh untuk semua pelajar agar menghargai bakat dan mencari saluran tepat untuk perkembangkannya,” kata beliau.