TVET cungkil potensi kemahiran pelajar, penuhi kehendak industri pekerjaan negara

Iklan
Untitled (35)

Perkembangan industri pekerjaan yang berlaku hari ini membabitkan bidang kemahiran serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara dilihat sangat positif.

Iklan
Iklan

Bidang kemahiran atau TVET mula menjadi agenda nasional selaras dengan pengumuman terkini Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMK-12) yang turut memberikan penekanan kepada aspek pendidikan berkenaan.

Iklan

Dalam RMK-12, terdapat 14 pemacu perubahan yang akan diperkenalkan oleh kerajaan dan salah satunya adalah ‘Menambah Baik Ekosistem TVET Bagi Membangunkan Bakat Tersedia Masa Hadapan’.

Iklan

Jika sistem sokongan TVET ini ditambah baik, sudah pasti lebih banyak peluang dan ruang yang akan dibuka dalam membangun serta melahirkan pekerja mahir dan separa mahir untuk manfaat rakyat juga negara.

Justeru itu, pemerkasaan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang ada di negara ini dilihat turut memainkan peranan dalam melahirkan graduan bagi memenuhi kehendak industri.

Ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan pendidikan TVET bukan lagi pendidikan kelas kedua sebaliknya sebaris dengan program akademik yang ditawarkan di universiti awam (UA) atau institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain.

Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Mohd Iqbal Mohd Noor berkata, di Malaysia sahaja terdapat lebih 1,200 institusi latihan kemahiran yang menawarkan program TVET, sama ada melalui ILKA mahupun Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS).

[caption id="attachment_27260" width="400"] Mohd Iqbal Mohd Noor.[/caption]

Menurut beliau, di KBS saja terdapat 22 Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) yang merupakan antara institusi TVET terawal di Malaysia sejak tahun 1964, merangkumi lapan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), 13 Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan satu Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).

"Kami di ILKBS bukan sahaja memberikan latihan kemahiran tetapi turut bersungguh-sungguh dalam melahirkan graduan yang mempunyai ciri-ciri kemanusiaan berteraskan elemen pembangunan modal insan.

"Kita sedia maklum pihak majikan hari ini memerlukan pekerja yang bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal tetapi juga kemahiran insaniah dan berdisiplin bagi meningkatkan produktiviti syarikat seterusnya mampu berdaya saing.

"Oleh itu, ILKBS bersiap sedia melahirkan graduan sedemikian bagi memenuhi permintaan pasaran pekerjaan,” kata beliau.

Penuhi kehendak industri

Mengulas mengenai persoalan adakah graduan ILKBS sudah berjaya memenuhi kehendak industri, Mohd Iqbal positif menyatakan bahawa lulusan institusi itu berjaya mendapat tempat dalam dunia pekerjaan hari ini.

"Data kajian kebolehpasaran graduan ILKBS juga menunjukkan pencapaian memberangsangkan apabila melebihi 90 peratus selama lima tahun berturut-turut (bermula 2015 hingga 2020).

"Ini bermakna, secara nisbahnya sembilan daripada 10 graduan ILKBS akan mendapat pekerjaan atau melanjutkan pelajaran dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

"Namun masih banyak lagi ruang yang boleh kita perbaiki dari semasa ke semasa. Kami di ILKBS akan sentiasa cuba menambah baik silibus dan keperluan teknologi sedia ada agar sentiasa seiring dengan kehendak dan keperluan industri melalui pelbagai inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan,” jelasnya lagi.

[caption id="attachment_27258" width="400"] Hairul Anuar Zakariah.[/caption]

Sementara itu, tenaga pengajar yang juga Ketua Jabatan Hospitaliti di IKTBN Alor Gajah, Melaka, Hairul Anuar Zakariah berkata, pelbagai peranan dimainkan oleh pensyarah bagi memastikan setiap graduan mampu memenuhi kehendak industri seterusnya mendepani pelbagai cabaran dalam dunia pekerjaan.

"Sebagai pendidik, kami sentiasa perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang terkini seiring dengan perubahan arus kemodenan termasuklah mengikuti Program Peningkatan Kemahiran (PPK) yang membabitkan perkongsian daripada pakar dalam industri.

Tingkat kebolehpasaran graduan

"Bagi membantu pelajar mendapat pekerjaan pula, satu unit khas Cawangan Hubungan Industri turut diwujudkan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan selain menjalin kerjasama dengan pelbagai industri berkaitan dan penganjuran program pameran kerjaya dari semasa ke semasa,” ujar beliau.

[caption id="attachment_27259" width="400"] Mukhlis Ab Aziz.[/caption]

Pelajar Diploma Teknologi Awam (Lukisan Senibina), IKTBN Bachok, Kelantan, Mukhlis Ab Aziz, 24, pula berkata, pendidikan di institusi itu membuka peluang kepada dirinya untuk mendalami bidang kemahiran teknologi awam yang lebih menjurus kepada pembelajaran secara praktikal.

Jelas anak bongsu daripada enam adik beradik itu, setiap ilmu yang diperoleh sepanjang mengikuti pengajian di IKTBN sangat berguna dan ia terbukti apabila dirinya ditawarkan kerja sebagai pelukis pelan elektrik selepas menamatkan program dalam bidang sama di peringkat sijil.

"Kemahiran yang ada ini juga dilihat menjadi batu loncatan untuk saya meneroka bidang lain yang lebih luas kerana silibus yang digunakan sangat menyeluruh dan diguna pakai dalam pelbagai industri pekerjaan sekali gus membantu saya menjadi tenaga mahir yang diperlukan oleh majikan.

"Tidak dinafikan yuran pengajian yang murah dengan kemudahan lengkap turut menjadikan IKTBN sebagai pilihan utama saya apatah lagi pengajian dalam bidang kemahiran pada hari ini sudah setanding dengan program yang ditawarkan di UA atau IPT lain,” kongsi anak muda yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Bapa kepada graduan IKBN, Mustapha Samat, 59, berpendapat bidang kemahiran perlu bergerak seiring dengan bidang akademik supaya dapat melahirkan pelajar yang holistik dan berdaya saing sekali gus mampu memenuhi kehendak industri.

"Seperti yang kita tahu, graduan yang memiliki kemahiran serta kecemerlangan akademik mampu bersaing dalam dunia pekerjaan atau membina perniagaan sendiri supaya dapat menyediakan peluang kerjaya kepada orang lain.

"Oleh itu, saya sangat berharap kerajaan terus memberi perhatian kepada pendidikan kemahiran di semua ILKA yang ada di Malaysia kerana ia menjadi platform kepada pelajar mendapatkan ilmu dalam bidang teknikal dan vokasional di masa depan,” tuturnya mengakhiri perbualan.

Syarat umum kemasukan IKBN

Warganegara Malaysia

Boleh membaca dan menulis

Berusia di antara 18 hingga 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurang-kurangnya tamat Tingkatan Lima.

Belum berkahwin

Sihat tubuh badan

Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah

Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (Kecuali pemohon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)

Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikuti segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.

Pemohon yang sedang menjalani latihan di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperoleh sijil keterampilan SKM tahap 2/3 atau 2/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya.

Pemohon yang tidak tamat latihan/disingkir mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon