Tip mudah hafal sifir. Jom ikut cara cikgu Matematik ini buat

Iklan
pexels-yan-krukov-8617870
Bagaimana nak ajar anak hafal sifir? Itulah persoalan yang sering dikemukakan ibu bapa sejak dahulu hingga kini.Guru Matematik, Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, Mohd Fadli Salleh berkata, banyak tip dan teknik yang boleh dilakukan mak ayah dalam bab sifir."Cara Hafalan itu pula bagaimana? Tentu ramai yang tertanya-tanya. Justeru, bacalah tip yang saya kongsikan ini. Moga bermanfaat untuk anda," katanya.*****Dulu-dulu, mak akulah yang paksa hafal sifir. Memang hafal dalam keadaan tidak rela. Namun, hasil hafalan itu yang aku guna sampai hari ini. Betapa bergunanya ilmu darab dalam kehidupan seharian. Tua baru sedari.Agaknya, kalau tidak kena paksa dulu, sekarang ini tidak boleh jadi Cikgu Matematik.Zaman kini, kita cubalah dulu teknik psikologi, teknik puji-pujian dan teknik pujukan.Baca juga Pensyarah Kanan UiTM gesa ibu bapa pantau aktiviti dalam talian anak-anak, cegah sebelum parahBaca juga Core Abilities pelengkap bagi pekerja mahir Lembut dan santun ketika cuba motivasikan anak melalui pujian. Boleh juga guna teknik ganjaran dalam memotivasikan anak untuk belajar. Tengoklah. Laju saja dia hafal dan cuba dapatkan ganjaran itu. Hendak duit katakan.Namun ada orang kata cara ini tidak bagus, buat anak kita mengharap balasan atas setiap usaha mereka.Pada saya, okey saja. Bukan semua benda kita guna kaedah ganjaran ini. Sesetengah perkara memang perlu motivasikan anak cara begini.Ikuti juga kami di:Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/Twitter: https://twitter.com/GPSBestariYoutube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/Namun kalau cara ini pun tidak jalan juga, apa lagi, gunalah teknik lama yang pasti berkesan. Teknik Paksaan."Zasss!" (bunyi hanger dihayun pada sofa.)Cara ini pasti berkesan walaupun dalam air mata anak kita hafal. Alah, air mata anak manja sekejap sahaja akan berhenti. Namun ilmu dan hafalan itu akan berkekalan sampai mati.Sungguh!